Blogger-Blogger Femes

Thursday, December 29, 2011

"SAYA BELUM BERSEDIA JADI MENTOR" - FAIZAL TAHIR

Views


Siapa yang tak kenal dengan penyanyi lelaki popular ni kan iaitu Faizal Tahir. Kak Nam memang minat giler la dengan dia. Kalau Kak Nam dapat jumpa dia memang Kak Nam tal lepaskan peluang posing bergambar. Oklah apa yang Kak Nam nak kongsi kat sini tentang tawaran jadi mentor untuk Faizal Tahir dalam rancangan mentor yang akan dating dan bersiar kat kaca TV korang tak lama lagi. Tungguuuu..hehehehe..

Tapi apa yang Kak Nam tahu,Faizal belum bersedia lagi nak terima tawaran tu. La…gitu plak yek..dah ada peluang kenapa nak pikir-pikir lagi sambar jelah,rezeki tu..masyyuukkkk!!! Kalau korang nak tahu apa sebabnya jom sama-sama kita baca apa komen Faizal tahir.

“Sebenarnya saya berada di Sri Pentas pada hari ini adalah untuk membincangkan mengenai Anugerah Juara Lagu (AJL) dan tidak sangka pula selepas itu saya menyertai sidang media ini kerana saya sejujurnya belum membuat keputusan sama ada bersetuju atau tidak menyertai Mentor,” ujar penyanyi Faizal Tahir yang nyata terkejut apabila namanya diumumkan sebagai salah seorang daripada enam mentor bagi program relaiti Mentor musim keenam yang bakal berlangsung tahun depan.

“Tahap keyakinan saya untuk mendidik seseorang agak kurang kerana saya sendiri masih lagi berlatih dalam bidang muzik ini. Saya selalu meletakkan satu tahal yang tinggi untuk diri sendiri setiap kali membuat persembahan, inikan pula mengasah bakat baru. 


“Apa yang saya risaukan ialah bagaimana sekiranya saya tidak dapat mencari protege seperti yang diinginkan. Saya mahu cari seseorang yang lebih dari seorang juara,” ujarnya.


P/S Kak Nam : Kalau Kak Nam la dapat peluang macam tu Kak Nam terima je..janji poket penuh..hehehehe



0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!