Blogger-Blogger Femes

Monday, December 19, 2011

(Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri) ‘Saya harus buktikan kemampuan diri’

Views
ELFIRA...memberanikan diri melakonkan watak bercinta.

ELFIRA...memberanikan diri melakonkan watak bercinta.

MUNGKIN sudah tiba masanya pelakon Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri menyahut cabaran melakonkan watak gadis bercinta. Ditambah usia yang kini di alam remaja, sudah pasti gadis yang mesra dengan pang�gilan Elfira ini perlu mencuba watak baru.


Sehubungan itu, produksi Cube Film Sdn Bhd yang diterajui pengarah berkaliber, Michael Ang nyata tidak gusar dengan kemampuan lakonan Elfira. Barangkali, sudah selalu bekerjasama membuatkan Michael arif apa yang sesuai buat si manis itu.

Justeru, buat pertama kalinya Elfira diberi kepercayaan melakonkan watak yang menuntut dia menjalin cinta menerusi telefilem menarik dan hebat, Biar Mimpi Sampai Ke Bintang untuk siaran Astro Ria (saluran 104) pada Khamis ini, jam 9.30 malam.

Mampukah Elfira menjiwai watak yang pertama kali dilakonkannya itu? Apatah lagi, dia turut digandingkan bersama pelakon sinetron popular Indonesia, Randy Pangalila sebagai hero yang berjaya menawan hatinya. Apakah mereka mampu memupuk keserasian?



Foto
GANDINGAN HEBAT...Michael (kiri) selaku pengarah bersama pelakon Biar Mimpi Sampai Ke Bintang iaitu Didie Alias, Sharifah Shahora dan Elfira.



Sinopsis Biar Mimpi Sampai Ke Bintang
TELEFILEM romantik berkisarkan percintaan remaja ini menceritakan Alya (lakonan Elfira), seorang gadis yang menghabiskan masa dengan membantu ibunya, Peah menjual ayam di pasar borong. Alya juga seorang gadis bijak yang memiliki impian.

Namun ibunya lebih selesa Alya sekadar membantunya di pasar daripada memilih melanjutkan pelajaran. Peah juga lebih mengutamakan pendidikan anak lelaki, Adib yang dianggap lebih penting untuk membantu keluarga mereka pada masa akan datang.

Biarpun hidup miskin, Alya berkawan dengan Kinah yang kaya raya tetapi kurang bijak. Sementara itu, Andy (Randy) pula adalah seorang remaja yang berasal dari Indonesia dan anak jutawan. Bagaimanapun, kehidupannya terlalu bosan dan tak seronok.

Kehadiran ibu tiri, Jenny dan dikelilingi rakan yang hanya berkawan dengannya kerana dia anak orang berada membuatkan Andy kecewa. Justeru, bagi menghilangkan kebosanan itu, dia sering melawat bekas pembantu rumahnya, Mak Yam yang sudah berhenti kerja.

Latar belakang kehidupan Alya dan Andy yang berbeza membuatkan mereka cuba mencari kelainan dengan menyamar diri menjadi ‘orang lain’ di laman sosial facebook (FB) iaitu Alya adalah anak orang kaya dan Andy sebagai pemuda miskin.

Apapun, pertemuan mereka kali pertama sudah membuahkan bibit cinta pandang pertama. Bermula saat itu, pelbagai perkara suka duka berlaku dalam hidup mereka hingga masing-masing semakin rapat dan tidak mampu menafikan perasaan yang hadir.

Andy berterus terang bahawa dia adalah anak kepada jutawan Hardiyanto Rasputra. Begitu juga, penyamaran Alya terbongkar dan itu mengecewakan Andy. Pemuda itu jauh hati dan menganggap Alya sama seperti gadis lain yang pernah dikenalinya.

Adakah cinta Andy dan Alya kembali bertaut? Apakah yang berlaku seterusnya dan bagaimana Andy boleh terluka dengan Alya. Jadi, telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang pastinya ada semua jawapan untuk persoalan yang berlaku.



Foto
MENARIK...babak-babak membabitkan Randy dan Elfira dalam telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang.



PROFIL

NAMA PENUH: Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri
PANGGILAN KOMERSIAL: Elfira Loy
TARIKH LAHIR: 8 Mac 1994
USIA: 17 tahun
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
ADIK-BERADIK: Anak kedua daripada empat beradik
KARIER: Pelakon, model iklan
PENGALAMAN SENI: Sejak 2006
IKLAN: Motosikal Honda, Sunway Lagoon, Mee Sedap, Institut Jantung Negara, Bank RHB dan Mamee Slurrp
TEATER: Ali Baba, Ibu Zain 1 & 2
DRAMA/TELEFILEM: Chinta, Tentang Bulan The Series, Persis. Kak Long, Permata Hati, Qalesya, Persinggahan, Sanggar Cinta, Raudhah, Syurgamu Ramadhan, Waktu Rehat, Cinta Itu Buta, Air Mata Nursalina, Senja Permai, Kum Kum, Hani dan Biar Mimpi Sampai Ke Bintang
PROGRAM TV: Berani Jadi Bos (Astro Ceria), Cuti-Cuti Famili (TV1), Selamat Pagi Putera Puteri musim 1 dan 2 (TV1), Shana & Nina, Kids n Cash (TV3)
ANUGERAH: Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin (ASK)




0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!