Blogger-Blogger Femes

Tuesday, December 20, 2011

Penyanyi Jumpa Siapa Di Hotel??

Views
Hai ape khabar semua...Kak Nam harap korang semua sihat yek. Maklumlah sekarangkan musim hujan so ramai yang demam. Hari ni Kak Nam ade satu gosip nak kongsi dengan korang semua. Pagi tadi Kak Nam bacalah satu keratan akhbar kat paper yang terkenal.. nak taw ape gosip kat artikel tu?? Penyanyi terkenal jumpa seseorang kat hotel tuuu.... Jom kita sama2 baca artikel kat bawah ni....



KATA orang jika banyak duit, macam-macam boleh beli. Malah, hidup orang kaya diibaratkan seperti raja. Mungkin itu tanggapan yang sesuai SS berikan pada seorang penyanyi popular tanah air ini yang khabarnya semakin hidup mewah.

SS tumpang gembira dengan kesenangan penyanyi pujaan ramai ini yang mengecapi kemewahan hasil titik peluh sendiri atas usaha mencari rezeki dalam bidang seni.

Memang tidak kira bidang apa sekalipun, SS percaya rezeki ada di mana-mana asalkan orang itu bekerja keras untuk berjaya dalam hidup. Seperti penyanyi ini, dia beruntung kerana masih ramai peminat setia yang menyokong karier seninya.

Berbalik pada kemewahan yang dikecapi, penyanyi ini rupanya menjadikan hotel lima bintang sebagai tempat beristirahat. Bukan calang-calang artis boleh ikut jejak hidupnya, apatah lagi rezeki penyanyi ini sentiasa tak putus.

Menurut rakan SS, kelibat artis ini di lobi hotel berkenaan menjadi perhatian tetamu lain. SS rasa jika tetamu sendiri perasan, apatah lagi pekerja hotel yang mungkin tidak melepaskan peluang bergambar dengannya. 

Bagi SS, tidak salah artis kita tinggal di hotel tetapi apa yang tidak sedap didengar apabila rakan SS beritahu artis ini sering menerima kunjungan istimewa seseorang. 

Siapakah gerangan individu istimewa itu, tidak perlulah SS dedahkan. Cuma kata rakan SS, individu ini adalah kekasih pada artis ini yang sangat mencintainya. 

Jika artis ini sudah betul-betul kembali berpacaran, SS ucapkan tahniah. Tetapi apabila rakan SS ceritakan siapakah individu terbabit, SS mula tertanya pula apakah maksud kunjungan istimewa? 

Apapun, biarlah hanya artis dan kekasihnya saja yang tahu apa yang berlaku antara mereka. SS tidak mahu serkap jarang dan buat spekulasi yang boleh menjejaskan reputasi penyanyi ini. Pesan SS, jaga perlakuan diri agar tidak terjebak dengan perkara tidak bermoral.



0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!