Blogger-Blogger Femes

Friday, April 27, 2012

Nabil Dan Nazirah Tidak Sabar Tunggu Kelahiran Anak

Views
KAK NAM- "Gembira sangat. Lebih gembira daripada dapat motosikal baharu!," luah Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil, 29, bila ditanya mengenai perasaannya bakal bergelar bapa. Nabil dan juga isterinya Nazirah mengharapkan agar anaknya sihat didalam kandungan dan tidak mengalami apa-apa masalah.



Celah isterinya, Nazirah Ayub atau Zira, 24, pula: "Sebelum ini memang saya jatuh nombor dua jika dibandingkan dengan motosikal baharunya.

"Dia memang sangat teruja bila dapat tahu saya mengandung. Bayangkan bila beritahu dia saya mengandung, dia terus ajak saya beli kereta sorong bayi. Malah, setiap kali tengok Internet dia mesti tengok gambar-gambar bayi".

"Saya dapat tahu mengenai satu petua iaitu minum susu kambing yang dikisar dengan buah kurma terpilih dari Mekah. Sebelum mengisar buah kurma tersebut, saya dan Zira akan genggam dan berselawat Nabi terlebih dahulu.




"Saya dan isteri amalkan minum susu kambing yang dicampur kurma itu setiap hari. Malah, disebabkan rasanya sedap kadang-kadang saya minum sampai dua hingga tiga kali sehari," ujarnya yang sanggup membeli 100 botol susu kambing kerana inginkan kesan yang mujarab.

"Selepas itu saya membawa Zira membuat pemeriksaan di sebuah klinik berdekatan empat hari lalu dan menurut doktor Zira telah hamil lebih lima minggu," ujarnya

"Mula-mula fikir nak beritahu media selepas kandungan sudah mencecah tiga bulan tetapi disebabkan teruja, saya beritahu rakan-rakan terdekat. Selepas itu, ramai kawan ucap tahniah dekat Twitter dan perkara itu pun tersebar," jelasnya.



"Saya merancang untuk pergi berbulan madu sebelum Zira disahkan mengandung lagi. Memandangkan kini Zira sudah mengandung, perancangan berbulan madu akan diteruskan juga namun saya akan meminta nasihat doktor terlebih dahulu," ujarnya. - sumber


Ditebak dengan soalan panggilan apa yang bakal digunakan oleh anak kepada mereka kelak, ujar Zira, dia teringin menggunakan panggilan 'ibu' dan 'ayah' tetapi Nabil lebih suka anaknya memanggilnya 'daddy' dan Zira pula 'mummy'.







2 25 komen terhebat!!:

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!