Blogger-Blogger Femes

Tuesday, April 17, 2012

Khairul Fahmi Elak Jadi Artis Walaupun Dapat Tawaran Berlakon

Views
KAK NAM- Khairul Fahmi Che Mat 23, penjaga gol kebangsaan telah membuat perjanjian pada dirinya sendiri bahawa dia tidak mahu menceburi bidang hiburan dalam lakonan dan juga mengacara walaupun dia menerima pelbagai tawaran. Apek,23, berkata, dia tidak berminat untuk mendalami bidang tersebut namun tidak kisah seandainya diberi tawaran untuk menjadi model iklan.


"Saya bukannya artis dan tidak mahu jadi artis tetapi cukuplah sebagai seorang selebriti yang dikenali dalam bidang sukan.

"Lagipun ia bukanlah satu bidang yang saya minati melainkan jika saya diminta menjadi model iklan dan terlibat dengan aktiviti peragaan yang mana kerjanya hanya mengambil masa yang tidak terlalu lama," katanya sambil memberitahu pernah ditawarkan berlakon filem.




"Saya tak mahu hal peribadi menjadi perhatian yang lebih berbanding kerjaya. Oleh itu biarlah fokus saya terhadap sukan sahaja.

"Dan selebihnya, cara untuk mengelakkan kontroversi ialah saya lebih suka duduk di rumah jika ada masa terluang," ujarnya yang sedang menjalani latihan bagi menghadapi perlawanan Liga Super.








kredit : mStar

2 25 komen terhebat!!:

  1. bagus laa fokus satu ja , huhu
    follow sini dear .. follow me too yea if dont mind tq

    ReplyDelete
  2. betul tu..mgkkin jodoh apex belum sampai lagi..

    ReplyDelete

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!