Blogger-Blogger Femes

Tuesday, January 31, 2012

Lisa Suriani Paling Popular Di Facebook

Views
KAK NAM- Pelakon wanita yang cantik dan ayu,Lisa Suriani tetap mendahului senarai artis yang paling popular di facebook. Dia telah memperolehi peminat seramai 1,902,487. Wah! ramai juga peminat Lisa Suriani. Jangan Yusri jelous sudahlah. Manakala Scha Al-Yahya menduduki tempat kedua dengan pengikut seramai 1,339,837. Mana tidajnya,kedua-duanya sama cantik. Cuba kalau Kak Nam yang turut bertanding confirm tak ada pengikut ye tak. Siapa yang nak minat pada Kak Nam ni...muka tak secantik Lisa dan Scha. Macam lagu Aliff tu.."memang tak ada perempuan secantik aku,tapi yang lebih cantik banyak".



Jom kita baca apa komen Lisa bila facebooknya menduduki tempat pertama yang ramai pengikut.

“Lazimnya, laman Facebook adalah medium untuk saya berkongsi perkembangan kerjaya manakala Twitter pula lebih bersifat peribadi untuk berkongsi pandangan dan kehidupan.

“Saya pun tidak sangka akan diikuti dengan jumlah peminat seramai itu. Apa pun, saya bersyukur kerana ramai yang ingin mengikuti perkembangan kerjaya saya.

“Kesibukan dengan tugasan ada kalanya menghalang saya untuk sentiasa berinteraksi namun saya tetap akan cuba mengemas kini perkembangan sekerap yang mungkin,”

Selain Lisa dan Scha, pelakon Awal Ashaari menduduki di tangga ketiga dengan jumlah pengikut sebanyak 979,678 diikuti pula dengan Shaheizy Sam (932,412), Diana Danielle (862,557), Farid Kamil (658,595) dan Datuk Siti Nurhaliza (440,504).

Sementara itu, Lisa juga masih lagi menjadi selebriti paling ramai pengikut menerusi laman Twitter miliknya dengan jumlah sebanyak 507,813 diikuti dengan Scha (273,916), Awal (243,501), Sam (347,501), Siti (286,150) Diana (121,103) dan Farid Kamil (48,636).





Sumber : mStar

1 25 komen terhebat!!:

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!