KAK NAM- Siapa yang tak kenal dengan Azwan Ali, mulut yang cukup laser dan celupar! Memang Kak Nam tahu ramai yang tidak suka dengan Azwan Ali. Dia ni buat kontroversi je pandai,kalau tidak memang tak popular pun. Orang macam ni memang patut kena gam pun. Baru dia tahu kerana mulut badan binasa. Jom sama-sama kita selidik apa yang berlaku sebenarnya. Kak Nam petik artikel ni dari sebuah portul hiburan sensasi..
Azwan Ali telah digam oleh sebuah stesen televisyen swasta kerana kenyataannya yang tidak bertanggungjawab dan menyindir bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.Selain itu, menurut sumber yang masih belum disahkan kesahihannya, telefon bimbit Azwan Ali turut dirampas kerana dituduh mengugut seseorang yang terlibat dengan politik. Tak habis-habis dengan kontroversi murah.
Untuk pengetahuan, Azwan Ali bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-46 pada tahun ini dan pastinya anda pun mahu “menghadiri” sambutan hari jadi Azwan Ali kan?
Azwan Ali, ratu meroyan zaman kini telah disoal siasat polis gara-gara tindakannya mengeluarkan tweet yang mahu membunuh dan membakar adiknya, Ummi Hafilda Ali. Dalam petikan tweet Azwan menyebut,
“Jom ramai-ramai kita tangkap perempuan neraka ini… kita kerat-kerat dan kemudian kita bakar“.
Ummi menyebut, laporan polis hanya akan ditarik balik jika abangnya memenuhi syarat yang telah dia tetapkan. Azwan Ali tidak dapat dihubungi buat masa ini difahamkan dua telefon BlackBerrynya telah dirampas polis untuk siasatan lanjut.
Best regards,
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!