Blogger-Blogger Femes

Thursday, January 12, 2012

Rumah Wardina Safiyyah Dirompak 3 Lelaki Berparang!!

Views
KAK NAM- Betul ke ni rumah Wardina di masuk perompak?? Terkejut Kak Nam bila baca cerita ni kat satu portal hiburan.Wardina telah menceritakan detik cemasnya di twitter.Rumah Wardina telah dirompak oleh 3 orang lelaki dipercayai buruh Indonesia dan kesemua 5 buah laptop telah diambil pada jam 5 Pagi tadi.
Kalau korang nak tahu apa yang berlaku baca cerita selanjutnya...


Menurut Wardina di laman Twitter-nya, ketika 3 orang perompak tersebut masuk, mereka hanya mampu bersembunyi disebalik selimut. Manakala suami Wardina, Ikhwan telah dipukul kerana perompak tersebut berang apabila mereka tidak mempunyai barang kemas untuk dirompak. Tidak dapat dipastikan apakah kondisi suami Wardina buat masa sekarang.





Sehingga kini, polis sudah berada di rumah Wardina dan anak Wardina turut mengalami sedikit trauma akibat terkejut dengan kejadian yang berlaku. Perompak tersebut juga dipercayai masih berada di sekitar Ampang atau Bukit Antarabangsa.Kak Nam harap lepas ni semua kena berhati-hati ok. Takut juga bila berlaku kejadian macam ni..apa-apa pun kita berdoa agar perkara yang tak di ingini berlaku pada kita.

0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!