Blogger-Blogger Femes

Friday, January 27, 2012

Faezah Elai Tolak Aksi Ranjang, Berkemban

Views
KAK NAM- Faezah Elai artis yang dulu dilanda kontroversi dimana dia di dakwa merampas hak orang lain. Walau bagaimanapun dia dah pun berkahwin dengan suaminya tu. Bila dah kahwin senyaplah mulut semua orangkan..biasalah bila dah jadi artis ni macam-macam yang kena jaga. salah sikit je mulalah masuk paper sana sini.. Dengar cerita Faezah Elai tidak akan menerima mana-mana tawaran belakon jika dalam lakonan tu dia kena berkemban atau membuat aksi ranjang. 


Faezah berkata, suaminya yang juga pengarah drama Heykal Hanafiah,39, melarang dia berbuat demikian atas kedudukannya sebagai wanita yang sudah berumah tangga. Jom kita tengok apa komen Faezah kat bawah ni..

“Suami saya ada bagi nasihat yang dia tidak mahu saya memegang mana-mana watak yang agak melampau seperti berkemban ataupun aksi-aksi di atas katil.

“Katanya, sebagai wanita yang sudah berkahwin, watak seperti itu tidak sesuai. Takut nanti saudara mara dan sesiapa sahaja akan memberi persepsi negatif,”


“Kalau nak ikutkan, sejak dulu pun saya tak pernah ambil watak yang melampaui batas. Apatah lagi selepas menjadi isteri orang.

"Saya tak nafikan suami saya akan menilai skrip terlebih dahulu sebelum membenarkan saya menerima mana-mana tawaran agar watak yang diberikan itu bersesuaian dengan status saya,”


“Saya tahu, orang yang berkahwin memang memerlukan anak. Tapi kalau masih belum ada, ia bukan masalah sangat. Kita tunggulah dalam masa setahun ni. Kalau tak ada rezeki juga, mungkin saya akan dapatkan rawatan dengan lebih serius,”

“Saya risau badan saya naik. Bukannya apa, di televisyen, nanti kita akan nampak besar. Sebab itulah saya kena pastikan badan saya normal macam dulu,”









Sumber : Mstar

0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!