KAK NAM- Terlebih dahulu Kak Nam nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua yang sudi singgah kat blog Kak Nam ni. Rasanya belum terlambat lagi utuk Kak Nam ucapkan Tahun Barukan. Semoga azam baru korang menjadi kenyataan yek.
Korang tahu tak gosip terbaru tentang Adira Dan Hafiz? Dengar citer dorang dah putus dan selesa sebagai kawan jek. Betul ke apa yang Kak Nam dengar ni. Ermm..macam tulah artis,bila dah couple putus..bila kawin bercerai. Nak buat macam mana ye tak dah jodoh dorang tak ada. Sebelum ni memang gemparlah pasal Adira dengan Hafiz bercinta. Tup..tup..dah putus.
Komen Hafiz :
Tidak dinafikan saya dan Adira kini tiada hubungan serius lagi sejak beberapa bulan lalu. Tetapi kami masih berkawan seperti biasa. Cuma tidak rapat seperti sebelum ini. Kami bukan tidak serasi, cuma ada beberapa perkara yang tidak menyebelahi kami. Apa punca keputusan ini dibuat, biarlah menjadi rahsia. Ianya terlalu peribadi untuk dikongsi. Jadi, untuk menjaga imej masing-masing, biarlah hanya saya dan Adira sahaja yang tahu. Apa pun, kami masih berkongsi cerita dan masalah sekiranya diperlukan. Keputusan ini juga dibuat atas dasar menghormati permintaan Adira yang ingin diberi ruang untuk dia fokus dalam kariernya sekarang.Tambahan pula, saya jenis lelaki yang tidak pandai memainkan hati dan perasaan wanita. Jadi, apa sahaja yang baik untuk hubungan kami, saya akan lakukannya
Sumber:
Hafiz Dan Adira Sudah Putus Cinta Kini Selesa Jadi Kawan | melvister.com
Komen Adira :
Jujur saya katakan, sepanjang berkenalan, kami tidak pernah ada masalah. Pada saya, Hafiz seorang penyayang dan sentiasa buat saya ceria. Hafiz juga rapat dengan keluarga saya. Apa pun, saya jadikan lagu duet kami, Ombak Rindu sebagai kenangan paling manis antara kami sampai bila-bila. Jika suatu hari nanti, ada jodoh kami, saya terima dengan hati terbuka
Sumber:
Hafiz Dan Adira Sudah Putus Cinta Kini Selesa Jadi Kawan | melvister.com
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!