KAK NAM- Fasha Sandha adalah pelakon yang kaya dengan kontroversi. Mungkin antara kontroversi yang melandanya adalah benar-benar belaku. Terbaru, aktres jelita Fasha Sandha digosipkan bakal mengakhiri hubungan cintanya dengan Jejai menerusi ikatan perkahwinan pada Mac ini. Malah, pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan dikatakan sudah membuat pengakuan mengenainya di laman sosial tempatan
.
Menurut gosip yang tersebar itu, majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung di Jakarta, Indonesia dan dijangka dihadiri seramai 200 orang membabitkan anggota keluarga terdekat dan wakil media tempatan. Semuanya gara-gara gambar Fasha mencuba gaun pengantin tersebar meluas di Internet. Namun, sampai hari ini, Fasha masih berteka-teki mengenai perkara itu. Ternyata, dia lebih selesa mengunci mulut daripada bercerita soal perkahwinan itu. Baginya, jodoh, pertemuan dan ajal ketentuan Tuhan.
“Setakat ini jawapan saya adalah tidak. Tapi kita tidak tahu apa akan berlaku esok. Saya faham, kehendak peminat yang sentiasa inginkan saya cepat berkahwin.
“Maaf, saya tiada komen mengenai isu mencuba gaun pengantin di Internet itu dan gosip berkahwin dengan Jejai di Jakarta. Setakat ini, jawapan saya adalah belum bersedia dan lebih selesa mengunci mulut. Kita tidak tahu apa akan terjadi esok,”
“Saya tidak pernah bermain dengan teka-teki. Jawapan saya mudah sekali, saya tidak bersedia dan kita tidak pernah tahu apa akan terjadi esok. Pepatah ‘silence is golden’ itu saya pegang. Saya selalu belajar daripada kesilapan diri sendiri dan orang lain. Itu mematangkan diri saya.
“Insya-Allah, bila tibanya hari bersejarah saya pasti mengundang pihak media untuk membuat liputan majlis perkahwinan kami. Apapun, terserah pada bakal suami tapi saya yakin bakal suami mengizinkan nanti.
“Saya juga tidak merancang majlis perkahwinan secara besar-besaran. Oh tidak sama sekali. Perkahwinan tidak perlu jadi `Wedding Of The Year’, biarlah `simple but memorable’. Sederhana dan diingati, itu lebih baik,” katanya.
“Keluarga, peminat dan sahabat adalah kekuatan selama ini. Saya tidak perlu bimbang mengenai apa-apa pun kerana peminat sudah pandai menilai yang mana betul dan mana tidak. Kontroversi adalah asam garam untuk artis yang dikenali.
Jadi setiap artis akan melaluinya. Jadi harus tenang selalu, kontroversi akan berlalu begitu saja,” katanya.
mcm2 la dye ni
ReplyDeletepling xsuke ngn jwpn no comment