Blogger-Blogger Femes

Thursday, January 5, 2012

Nabila HUda - Tidak Mahu Lagi Gosip Panas. Tumpukan Pada Kerjaya!

Views
KAK NAM- Tahun lalu merupakan pengalaman pahit bagi Nabila kerana pelbagai kontroversi melandanya. Termasuklah keretakan rumahtangga dengan bekas suaminya,Zaidi Zailani yang mengheret mereka berdua ke mahkamah,kontroversi bercium dengan seorang lelaki di sebuah pulau,berbikini di tepi pantai serta bergaduh di Twitter dengan bekas suaminya.

Dia kemudian menyepikan diri dan enggan memberi sebarang komen di atas semua kontroversi panasnya itu. Sekarang dia cuma mahu tumpukan perhatian kepada kerjayanya. Mungkin azam tahun 2012 Nabila kot. Apa pun Kak Nam doakan semoga Nabila sukses selalu ok.

Watak Nabila dalam Pelangi Kasih

Dah lamakan kita semua tak tengok lakonan dari Nabila Huda. Kini dia muncul kembali di kaca TV dengan lakonan mantapnya dalam slot samarinda TV3 Pelangi Kasih. Berganding dengan hero pujaan yang sekarang ni makin meningkat naik,Johan As'ari (botak) selain Puteri Sarah Liyana,Beto Kusyairi dan Abby Abadi.

Antara babak dalam Pelangi Kasih

Semasa pengambaran Pelangi Kasih

Nabila sangat gembira bila digandingkan dengan Johan. Maklumlah hero tengah naikkan,ramailah pelakon perempuan yang berebut nak digandingkan bersama.Sama-samalah kita nantikan slot samarinda Pelangi Kasih yang akan menggantikan "Bunga April" bermula 18 Januari 2012 di Tv3.jam 10.30 malam.

P/S Kak Nam : Jangan plak kita dengar gosip panas tentang Nabila bercinta dengan Johan plak ek!!


Best regards,

0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!