Blogger-Blogger Femes

Monday, January 30, 2012

Pemenang Anugerah Juara Lagu 26

Views
KAK NAM- Semalam telah berlangsungnya Anugerah Juara Lagu 26 (AJL 26) yang selama ni Kak Nam tunggu. Kak Nam rasa korang semua pun tak sabar tunngu untuk menyaksikan siapa juara dalam AJL. Air telah menjadi tema dalam AJL semalam. Tapi Kak Nam lihat tak ada pun yang melibatkan air dan Kak Nam lihat AJL semalam tidak semeriah dengan AJL tahun-tahun dulu. Ntahlah mungkin bajet dorang tak ada kot..jom lah kita lihat siapa pemenang semalam. Mungkin korang ramai yang sudah tahu,jom kita lihat.

JUARA...M Nasir, Buddhi dan Hafiz meraikan kemenangan.

Lagu Awan Nano nyanyian Hafiz AF7 telah dinobatkan sebagai juara pada malam tersebut. Lagu ciptaan Datuk M Nasir dan lirik oleh Buddhi Hekayat itu sekali gus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM35,000 dan trofi. Bagi Vokal Terbaik juga telah dimenangi oleh Hafiz melalui lagu Awan Nano dan menerima wang tunai RM10,000 serta trofi.


Manakala lagu Beribu Sesalan (Jacklyn Victor, Ning Baizura dan Shila Amzah) mendapat tempat kedua dan meraih wang bernilai RM15,000 dan trofi.


Lagu Karma (Faizal Tahir) pula menduduki tempat ketiga.Faizal Tahir telah membawa pulang trofi dan juga wang bernilai RM12,000. 

HEBAT...Alyah ungguli persembahan terbaik.

Sementara itu, persembahan mantap Alyah ketika mendendangkan lagu Kisah Hati berjaya memikat juri sehingga melayakkannya kategori Persembahan Terbaik dan membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.

Lagu lain yang bertanding pada AJL26 kali ini termasuklah Kalau Berpacaran nyanyian Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet, Penakut (Yuna), Sedetik Lebih (Jaclyn Victor), Gadis Semasa (Yuna), Cinta Muka Buku (Najwa Latif), Kekanda Adinda (Atilia, Monoloque), Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol), Sungai Lui (Aizat) dan Kisah Hati (Alyah).






0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!