Blogger-Blogger Femes

Monday, January 9, 2012

Semoga Ibu Fizo Cepat Sembuh.

Views
KAK NAM- Setiap manusia memang tidak lari dari ujian dari-Nya. Kak Nam bersimpati dengan seorang pelakon lekai yang kacak juga lah orangnya,Fizo Omar. Kak Nam memang minat dengan Fizo,maklumlah orang ensem. Lakonannya pun boleh tahan bagus..satu demi satu masalah telah menimpa Fizo. Sebelum ini kita pernah baca mengenai bebanan yang dihadapinya kerana tiba-tiba terpaksa menjadi penjamin hutang lebih RM2.5 juta tanpa pengetahuannya.

Fizo mendakwa diperdayakan oleh kenalannya sendiri dan dia hanya tahu mengenai pinjaman itu selepas dihubungi pihak bank yang memaklumkan tunggakan bayaran oleh si peminjam dulu. Sekarang Fizo menerima satu lagi dugaan dimana ibunya sekarang telah terlantar sakit di hospital swasta di Kelantan. Kak Nam dengar ibunya Hasnah Jidin, 52, terpaksa menjalani pembedahan akibat menghidap hernia (benjolan dalam perut), minggu lalu.


Penyakit ini dikesan sebaik ibunya pulang daripada menunaikan ibadah haji tahun lalu. Ini ialah pembedahan kedua kerana ibunya pernah menjalani pembedahan untuk sakit sama sebelumnya. Disebabkan jangkitan yang berlaku, luka kesan pembedahan ibunya belum sembuh menyebabkan dia terpaksa ditahan lagi di hospital bagi rawatan lanjut.

Disebabkan ini juga, Fizo tidak lelap tidur duduk memikirkan keadaan ibu tersayang. Hendak menjenguk selalu pun sukar kerana dia kini terikat dengan penggambaran siri drama Cinta Buat Emelda yang memakan masa lebih sebulan.Kak Nam doakan agar ibu Fizo cepat sembuh dan Fizo kuatkan semangat.

0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!