Blogger-Blogger Femes

Wednesday, January 25, 2012

Memey Hadiahkan Norman Jam Tangan Cerruti 1881

Views
KAK NAM- Pasangan suami isteri yang dikatakan agak romantik,Memey dan juga Norman Hakim telah membuat satu kejutan pada hari lahir Norman. Apa yang Kak Nam tahu dari sebuah sumber portal sensasi,Memey telah menghadiahkan Norman sebuah jam tangan jenama Cerruti 1881 di Hard Rock Cafe di sini baru-baru ini. Norman sungguh terharu dan tak sangka yang Memey akan membuat kejutan sebegitu. Jom kita lihat apa kata Norman.

Memey Hadiahkan Norman Jam Tangan Cerruti 1881

“Saya terharu dengan kejutan dan hadiah yang cukup bermakna ini. Saya kini semakin bahagia hidup bersama Memey, malah pada masa sama saya juga sudah bersedia untuk menimang anak bersama isteri saya itu,”
Sementara itu, Memey yang turut ditemui di samping 3 anak tirinya iaitu hasil perkongsian hidup Norman dan Abby mencelah, dia juga sudah diberi ‘lampu hijau’ oleh suaminya itu untuk berbadan dua.

“Sebelum ini kami merancang tetapi sekarang abang Norman sudah pun bersedia utuk melihat saya mengandung. Tetapi sebelum itu, dia suruh berlakon puas-puas kerana selepas ada anak nanti senang saya beri tumpuan pada keluarga,”

Kak Nam nak ucapkan selamat hari lahir kepada Norman Hakim dan Kak Nam berdoa agar Norman dan Memey berbahagia hingga akhir hayat. Cepat-cepatlah timang cahaya mata...






Sumber : Mynewshub
Best regards,

0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!