Blogger-Blogger Femes

Thursday, January 5, 2012

Apek Sedia Kahwin 2012

Views
KAK NAM- Wah! ramai betul orang nak mendirikan rumahtangga pada tahun 2012 ni. Termasuklah penjaga gol Malaysia kita,Khairul Fahmi Che Mat(apek). Dia mengaku ingin menamatkan zaman bujangnya pada tahun ni. Haaa...betul ke ni? Terkejut Kak Nam..muda lagi kot. Tapi kalau dah sampai jodoh nak buat macam mana ye tak. Apek mungkin akan mendirikan rumahtangga pada tahun depan,kalau dia tak bertemu dengan jodohnya pada tahun. Jom-jom kita tengok apa kata Apek lagi...

“Kalau ada rezeki (ada jodoh), insya-Allah kahwin tahun ini atau tahun depan,” katanya tanpa mahu menyebut siapa wanita yang berjaya mencuri hatinya.

Apek sedia kahwin 2012

Kan Nam terlupa plak tak lama lagi hari lahir apek taw..pada 7 Januari ni adalah hari kelahiran apek yang ke-23. Selamat ulang tahun ye Kak Nam ucapkan,semoga apek panjang umur dan murah rezeki. Dengar kata sempena hari lahir apek,Datuk Nik  Abdul Aziz Nik Mat telah memberi sebuah rumah banglo pada apek di Taman Kurnia Jaya,Pengkalan Chepa. Wow! bertuah lah kau apek oi...dapat rumah free...

Banglo dianggarkan bernilai RM200,000 itu dibina syarikat Binaraya Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan dihadiahkan kerajaan negeri selepas Khairul Fahmi berjaya membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki pada 2010. Terdahulu, Nik Abdul Aziz ketika berucap pada majlis berkenaan berharap Khairul Fahmi segera mendirikan rumah tangga kerana itu lebih sempurna kehidupan dan terhindar daripada perkara tidak diingini.

Sumber : Metro
Best regards,

0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!