Blogger-Blogger Femes

Wednesday, January 25, 2012

Hattan Suruh Ada Pihak Bawa Bertaubat

Views
KAK NAM- Baru- baru ni kita semua digemparkan dengan isu penceraian Hattan dan bekas isterinya Farah dimana rumahtangga mereka hanya bertahan selama 2 bulan. Punca penceraiannya berlaku disebabkan ada pihak yang telah menyebarkan foto Farah bersama teman lelakinya di ranjang. Mungkin foto tu sebelum mereka kahwin ye tak. Entahlah Kak Nam pun tak tahu..semuanya diri masing-masing punya anggapan.


“SAYA doakan dia berjaya hindari fitnah yang melanda diri dengan penuh sabar dan matang. Sebagai bekas suami dan dulunya pernah seketika hidup bersama, saya sentiasa memberi sokongan kepada bekas isteri.

“Pada pihak yang tidak bertanggungjawab, hentikanlah perbuatan menceroboh ‘privasi’ orang. Kasihan pada individu yang teraniaya,” kata Hattan sewaktu diminta memberikan komen berhubung kenyataan bekas isterinya, Farah Ashikin, yang akhirnya tampil memberi kenyataan mengenai isu cerai dan gambar intimnya dalam sebuah akhbar mingguan, baru-baru ini.


“Saya kalau boleh tidak mahu memberikan sebarang komen dan mahu tutup buku mengenai hal ini. Provokasi yang dilakukan banyak pihak buat benda kecil jadi panjang cerita,”

“Sebenarnya tiada isu yang perlu dibangkitkan kerana saya bercerai dengan Farah secara baik. Seperti pernah saya katakan sebelum ini, punca kami bercerai bukan disebabkan gambar itu.

“Saya anggap perpisahan kami ini urusan Allah SWT dan Dia tahu apa yang terbaik untuk makhluk-Nya. 

“Kepada pihak yang terbabit dalam perbuatan menceroboh kemudian menyebarkan dengan niat mengaibkan, bawalah bertaubat.

“Sebelum bertindak sebegitu, cuba fikir perasaan orang. Farah misalnya ada anak dan nama baik keluarga yang perlu dijaga. Setiap manusia pernah buat kesilapan dan beri peluang mereka untuk berubah, bukan menjatuhkan dengan cara begini,” kata Hattan yang menyerahkan segala ketentuan kepada Yang Maha Esa dalam menentukan masa depan mereka berdua.





Sumber : Metro
Best regards,

0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!