Blogger-Blogger Femes

Monday, January 30, 2012

Laptop Aizat Kena Curi Di AJL 26

Views
KAK NAM- Terkejut juga Kak Nam bila terbaca kat satu portal yang mengatakan laptop Aizat hilang di malam AJL 26 semalam. Aizat dan abangnya merayu kepada sesiapa yang terambil laptopnya agar dipulangkan kembali. Sampai Aizat sanggup menghadiahkan dua laptop kepada sesiapa yang memulangkan kembali laptopnya yang mengandungi pelbagai maklumat kerjanya serta peribadi. Wah! Kak Nam tak rasa pun yang pihak tu akan memulangkan balik. Tapi tak tahulah kalau orang yang ambil tu baik hati.



“Aduh nak nangis. Bukan sebab kalah tapi sebab laptop kena curi. Tolong la wahai rakyat Malaysia. Bagi balik laptop aku.. Dalam laptop tu ada semua lagu-lagu baru yang aku sayangi. Please la sape yang curi. Aku nak balik..Ya Allah..Tolong la bagi balik..Please return my laptop! My life’s work is inside my Macbook pro 15.

“Special nye laptop aku. Macbook Casing bawah bawah dia warna hitam mmg takleh bukak.. Siapa2 yang nampak.. Tolong la pulangkan balik..kami sanggup bagi 2 laptop baru. What a shitty day,” rayu Anas yang dipetik dari laman sosial Twitternya.

“Sesiapa yg ambik atau ternampak laptop mcbook pro AnasAmdan dlm stadium putra please pulang balik. Byk kerja hidup kami ada dlm laptop macbook pro dan camera canon tu.

“Tolong sesiapa yang ambik dr dressing room saya, pulangkan. Kalau sesiapa ternampak org yg disyaki masuk dressing room sy sepanjang AJL26 berlansung tolong beritahu,” mohon Aizat pula di Twitter miliknya.

Ada juga manusia yang dengki macam ni. Kalau orang tu nak menjatuhkan Aizat Kak Nam rasa memang mudah sebab hal peribadi Aizat semua ada dalam laptop tu. Kak Nam harap orang tu pulangkan laptop pada Aizat. Bukan hak awak,jadi pulangkan....





0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!