Blogger-Blogger Femes

Monday, January 30, 2012

"Pembantu Peribadi Punca Hubungan Retak" - Shahrizal Jaszle

Views
KAK NAM- Siapa yang tak kenal dengan pasangan kekasih yang cukup romantik, Shahrizal Jaszle dan Miera Leyana yang penuh dengan kontroversi. Kak Nam dengar sekarang ni hubungan mereka retak disebabkan pembantu peribadi Shahrizal yang telah melemparkan fitnah kepada Miera dan membuatkan hubungan mereka berpecah belah. 


Shahrizal atau sebelum ini dikenali sebagai Shah Jaszle berkata, cakap-cakap kurang enak mengenai hubungannya dengan Miera timbul apabila dia mengambil keputusan memecat pembantunya itu baru-baru ini. Jom kita lihat komen Shah Jaszle.


"Hubungan saya dan Miera sebelum ini dalam keadaan baik malah kami merancang untuk berkahwin tetapi masalah timbul apabila saya memecat bekas pembantu peribadi kerana tidak tahan dengan sikapnya yang malas bekerja.

"Kerana tidak berpuas hati dengan tindakan saya itu, dia telah menfitnah saya dengan pelbagai dakwaan sehingga menyebabkan Miera termakan dengan kata-katanya,"

"Saya terkejut apabila mendengar pelbagai cerita buruk mengenai diri saya sehingga tidak tahu sebab sebenar Miera marahkan saya.

"Namun setelah berjumpa dan bercakap dengannya barulah saya mendapat tahu punca sebenar,"

"Dia adalah seorang bekas banduan dan tiada siapa yang ingin mengambilnya bekerja. Saya telah memberinya peluang untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa dia boleh berdikari selepas keluar daripada penjara.


"Tetapi peluang yang diberikan disia-siakan begitu sahaja apabila gagal melaksanakan tugas diberikan kepadanya sehingga memaksa saya memecatnya.

"Saya langsung tidak sangka tindakan saya itu telah menyebabkan dia menikam saya dengan cara yang paling dashyat," 

"Sehingga kini dia masih merajuk dengan saya dan mahu dipujuk. Saya juga telah menjelaskan tentang kedudukan sebenar tetapi dia belum menerima sepenuhnya.

"Apa yang boleh saya katakan walaupun kami tidak putus tetapi hubungan kami berada di tahap yang agak sukar dan kami masing-masing sedang memperbaikinya,"

"Masa ada pembantu dulu pun semua perkara saya lakukan sendiri tanpa mengharapkannya jadi rasanya ia akan kekal begitu,"






Sumber : mstar

0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!