Blogger-Blogger Femes

Saturday, January 14, 2012

Video wanita Dibunuh Dengan Kejam Di China

Views
KAK NAM- Mungkin korang semua dah tahu pasal pembunuhan yang kejam ni di China. Sudah banyak kali perkara macam ni berlaku di mana rakyat China yang nampak kejadian tersebut tidak melakukan apa-apa tindakan untuk menolong tapi hanya melihat. Sebelum ni kita digemparkan dengan video kanak-kanak dilanggar kereta dengan dibiarkan orang lalu lalang di situ.

Orang Ramai Hanya Memerhati Seorang Wanita Dibunuh Kejam, Apa Nak Jadi...

Sekarang kita digemparkan pula dengan video dimana seorang wanita dibunuh dengan kejam tetapi tiada siapa yang datang menolong. Bila Kak Nam tengok video ni Kak Nam betul-betul rasa sedih. kalau korang nak tengok video tu..Kak Nam ada paparkan di bawah.


Menurut nota yang diletakkan oleh nkwopara32 di lama Youtube tersebut, wanita itu dipercayai berusia 28 tahun yang sedang berjalan kaki di tepi jalan sebelum disapa oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Di dalam video sepanjang lima minit itu, difahamkan bahawa lelaki itu cuba memujuk dan memaksa wanita tersebut untuk masuk ke pusat hiburan karaoke yang berhampiran untuk berhibur.

Bagaimanapun, wanita itu dikatakan menolak desakan lelaki itu dan menyebabkan lelaki itu berang lantas menyerang serta menikam mangsa berkali-kali sehinga mati dengan menggunakan objek tajam yang dipercayai pisau.

Mengejutkan, lelaki itu jelas ‘berhati kering’ apabila berani membunuh mangsa di tempat awam di mana ramai orang ramai lalu lalang di situ pada siang hari.

Namun, agak malang bagi wanita itu apabila tidak ada seorang pun dari kalangan orang ramai yang berada di lokasi kejadian yang sanggup memberi bantuan kepadanya.

Menurut pemuat turun video tersebut, lelaki kejam itu telah ditahan oleh pihak berkuasa negara itu dan di dakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh mangsa.


Best regards,

0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!