KAK NAM- Hafiz seorang bintang realiti yang cukup popular dulu,Akademi Fantasia.( siap Kak Nam nyanyi lagu tu). Nama dia makin menjadi-jadi naik sejak lagu Awan Nano yang sering disiarkan di radio-radio dan tv. Kak Nam rasa mesti ramai peminat Hafiz yang rindu sangat dengannya dan nak lihat bagaimana imej Hafiz sekarang ye tak. Ok,hari ni Kak Nam akan paparkan foto Hafiz...sambil tu Kak Nam selitkan komen Hafiz.
“Saya tidak mahu lagi berbicara soal cinta, apatah lagi apabila mengaitkan lagi saya dengan sesiapa yang sebelum ini pernah punya sejarah dengan saya.
Biarlah yang berlalu itu terus hanyut dan usah lagi diimbas kembali kerana saya menganggapnya sebagai satu pengajaran yang mematangkan saya,”
“Namun tidak sekelumit kesal atau terkilan dengan apa yang berlaku terutama berkaitan isu cinta dan pergaduhan sebelum ini kerana semua itu saya lihat sebagai satu pengalaman yang sebenarnya mendewasakan saya. Saya selalu bersyukur kerana apa yang berlaku tidak semuanya berlaku begitu saja, sebaliknya ia membekas 1,001 pengajaran untuk saya lebih matang.
Walaupun masih muda dan baru, saya sudah dapat apa yang pernah diimpikan sebelum ini. Cuma sekarang saya perlu lebih bekerja keras untuk terus membina nama dan profil sebagai seorang penyanyi,”
“Saya bersyukur kerana peminat menerima saya seadanya. Malah saya berasa amat bertuah kerana sentiasa berpeluang bekerja dengan ramai komposer yang hebat serta menyanyikan lagu yang indah. Itu satu pencapaian buat saya apabila ramai pihak meletakkan kepercayaan kepada saya. Saya fikir ini adalah peluang terbaik untuk saya kembangkan kerjaya.
“Sekarang saya menerima pula undangan untuk melebarkan sayap jauh ke Indonesia pula selepas ada pihak yang berminat untuk memasarkan album saya di sana sebaik melihat kemenangan saya ketika di APM lalu. Lagu Awan Nano yang dicipta M Nasir sememangnya sebuah lagu yang indah dan sukar untuk diterjemahkan dalam bentuk nyanyian
“Saya gembira apabila ada pihak melihat keistimewaan itu. Sekarang saya sedang sibuk bersama pihak pengurusan untuk mencatur langkah ke seberang kerana inilah ruang terbaik buat saya jika ingin bertahan lama. Album saya akan dipasarkan di seluruh Indonesia dan jika diberi kesempatan, saya ke sana untuk sebuah persembahan pentas nanti.
“Ini satu lagi perancangan yang baik buat saya kerana setidak-tidaknya, saya dapat membuktikan sesuatu kepada keluarga dan peminat yang tidak henti menyokong selama ini,”
“Ini satu lagi perancangan yang baik buat saya kerana setidak-tidaknya, saya dapat membuktikan sesuatu kepada keluarga dan peminat yang tidak henti menyokong selama ini,”
“Saya sekarang mengumpul material untuk album baru. Genre dan konsepnya masih sama iaitu pop balada yang sememangnya menjadi kekuatan kepada saya. Insya-Allah, album terbaru ini akan dipasarkan selewat-lewatnya pertengahan tahun ini bagi mengubati kerinduan peminat yang sering kali bertanya,”
Sumber : Metro
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!