Blogger-Blogger Femes

Monday, January 16, 2012

Aidil Zaquan Keluar Dari Rumah Tinggalkan Anak-Anak Dan Rita

Views
KAK NAM- Belum selesai lagi masalah antara Rita dan adik iparnya tentang isu pergaduhan di twitter, timbul plak lagi satu masalah. Apa nak jadilah dengan mereka ni..Kak Nam pun tak tahu siapa antara mereka yang menjadi dalang. Kadang-kadang Kak Nam kesian juga lihat Rita,yelah sampai family suaminya tak boleh menerima Rita. Sekarang Timbul plak isu yang suaminya,Aidil Zaquan meninggalkan rumah. Jom kita baca cerita yang sebenar.


Jom kita sama-sama baca keterangan Rita dibawah..

"Saya rasa maruah saya seperti dipijak-pijak. Apabila saya membongkar rahsia bersama seorang wanita sebelum berkahwin dulu, dia mendakwa saya menyebarkan fitnah. Seperti mana mengaibkan saya, dia juga tidak akan terlepas daripada dimalukan. Fitnah atau sebaliknya, saya rasa Zaquan dan adik beradiknya tahu. Saya akui tidak pernah berbaik jauh sekali nak bercakap dengan Zaquan mahupun Ayu. Saya tidak faham kenapa Zaquan menggunakan Twitter untuk menyerang saya. Kalau tidak berpuas hati, kenapa tidak menghantar SMS? Zaquan seolah-olah membuka pekung di dada. Secara tidak langsung mengheret keluarganya sekali dalam pertelingkahan ini. Orang luar menilai baik keluarga kami. Tapi saya nak menegaskan saya tidak memulakannya."


Melalui temubual ini juga, Rita menjelaskan pada BiPop bahawa dia tidak menuduh sesuka hati apabila CCTV menunjukkan bahawa Zaquan dan Ayu Raudhah datang bersama Aidil Zafuan untuk mengambil barang-barang di kediamannya. Dia juga turut kecewa apabila adik iparnya campur tangan dalam masalah keluarganya.

"Sampai tahap itu Zaquan dan Ayu mahu melihat kemusnahan rumah tangga saya. Mereka tidak fikir, Aidil meninggalkan anak-anak yang masih kecil? Sanggup mereka nak memutuskan kasih sayang bapa dan anak-anak. Mereka tidak seharusnya campur tangan, Aidil sudah cukup matang dan boleh berfikir baik buru tindakannya. Saya kesal, perbuatan Zaquan dan Ayu menjadi batu api dalam menghuru-harakan rumah tangga saya."

Dari apa yang Kak Nam baca dari portul hiburan ni kuat mengatakan yang dua-dua pihat ego dan suka campur tangan dalam masalah orang lain.Apa yang pasti, selebriti tidak sepatutnya bergaduh melalui laman Twitter atau pun melalui mana-mana laman sosial kerana mereka patut faham bahawa ramai peminat memerhatikan mereka. Lagi-lagi kes Rita Rudaini dan Zaquan, mereka berdua sepatutnya ada nombor telefon masing-masing dan boleh selesaikan masalah mereka secara peribadi. Bukan sesuka hati tulis di Twitter dan tak pasal-pasal orang lain menuduh peminat adalah punca pergaduhan Rita dan Zaquan. Murah sangat.

Sumber : OHbulan!

0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!