Blogger-Blogger Femes

Tuesday, January 10, 2012

Ezlynn Bakal Sarung Kasut Rekaan Neelofa Bernilai RM20,000!

Views
KAK NAM- Sudah lama kita tak dengar cerita pasal penyanyi yang popular dengan lagu "hye hye bye bye", Ezlynn. Tup..tup dengar nak kahwin je. Kenapa dia senyap Kak Nam pun tak tahu. Mungkin dia sibuk dengan persiapan majlis perkahwinannya tak lama lagi.


Neelofa telah menaja kasut persandingan Ezlynn yang bernilai RM20,000. Wow! Kak Nam pun tak dapat kasut macam ni..dengan batu permata yang menutupi kasut ni pun dah memukau mata semua yang memandang.Ezlynn yang sah bergelar isteri kepada pengurusnya, Adam Fahmi, akan menyarungkan kasut persandingan rekaan khas dari Neelofa yang telah mula direka hampir 3 minggu lepas.

Masa hari pernikahan Ezlynn tahun lepas.

“Pada awalnya, saya memang tidak pasti untuk menerima tawaran menghasilkan kasut perkahwinan Ezlynn kerana saya tidak pernah mereka kasut untuk majlis perkahwinan sebelum ini, apatah lagi untuk seorang selebrit,” dipetik dari mStar Online.

Kasut rekaan Neelofa yang berwarna emas ini turut menggabungkan kemewahan permata Rafflesia dan berlian Swarovski agar sepadan dengan baju pengantin yang bakal dikenakan oleh Ezlynn nanti. Untuk pengetahuan, majlis persandingan Ezlynn dan Adam Fahmi bakal berlangsung pada 11 Januari ini.


Sumber : Ohbulan
Best regards,

0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!