Blogger-Blogger Femes

Thursday, January 19, 2012

Panas- Abby Abadi Terkena Sihir

Views
KAK NAM- Betul ke tidak kisah ni Kak Nam tak tahulah. Tapi Kak Nam dapat tahu sumber ni dari mStar Online. Kak Nam pun tertanya-tanya siapa pula yang nak sihir Abby? Takkan Memey plak ye tak..mana lah tahu Memey takut kalau-kalau Norman Hakim kembali pada Abby balik. Nak tahu kisah sebenar moh le kita terjah....



Abby Abadi mendakwa ada pihak cuba menutup periuk nasinya dengan menghantar sihir sehingga menyebabkan badan-badannya menjadi sakit.Selain itu kata Abby, perutnya juga sakit sehingga tidak mampu berjalan, sukar untuk tidur dan sakit pinggang yang teruk ketika sedang sibuk dengan penggambaran drama dan rakaman single lagu barunya, Aku Tak Mahu. Kita baca apa komen Abby plak...


"Sebelum mendapat tahu terkena buatan orang, saya telah ke hospital sebanyak dua kali pada November lalu untuk mengesan penyakit saya itu tetapi doktor berkata saya tidak mempunyai sebarang masalah.

"Kemudian, barulah saya membuat rawatan secara tradisional pula dengan pelakon Ashraf Muslim. Memang waktu itu keadaan tubuh badan begitu teruk tetapi saya tetap gagahkan diri kerana mempunyai komitmen dengan penggambaran drama Pelangi Kasihdan Mulanya Di Sini,"


Tambah Abby, semasa mendapatkan rawatan secara alternatif itu, dia diberitahu terkena buatan orang oleh pihak-pihak yang iri hati dengannya.

"Alhamdulillah, saya beransur pulih. Bagaimanapun, benda sihir ini akan datang balik jika kita tidak berjaga-jaga.

"Saya pun tak tahu siapa yang sanggup melakukan perkara buruk ini. Biarlah pihak yang mengenakan saya itu mendapat balasan daripada Allah di atas perbuatannya itu,"


Sementara itu, mengenai hubungannya dengan bekas kekasih, Zul Ariffin, Abby mengakui mereka tidak lagi kerap berhubung seperti dahulu.Cuma Abby sedikit terkilan apabila pelakon itu telah membuat kenyataan kepada sebuah portal pada Rabu yang dia tidak lagi memikirkan tentang dirinya. Namun Abby tidak pasti adakah Zul benar-benar bermaksud sedemikian ataupun tidak.


"Entahlah, saya pun tak tahu nak cakap apa sebab dia memberikan kenyataan yang berbeza. Pada mulanya, dia cakap, masih lagi sayang dan mengingati saya dan sekarang, lain pula ceritanya.

"Bagaimanapun, saya tak dapat nafikan bahawa perasaan sedikit terkilan itu ada,"

"Memang ada beberapa perkara yang saya tidak boleh jelaskan di sini yang masih belum selesai di antara kami.

"Apa-apa pun, hidup mesti diteruskan bukan? Alhamdulillah walaupun dilanda pelbagai masalah, saya masih lagi menerima tawaran lakonan dan mengacara. Malah tahun ini saya buat 'comeback' dengan muncul lagu Aku Tak Mahu, ciptaan Edry Abdul Halim,"


P/S Kak Nam : Kuatkan semangat ye Abby..Kak Nam doakan agar Abby cepat sembuh. Biarlah orang yang melakukan kejahatan pada Abby dibalas kelak oleh-Nya.



Best regards,

0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!