KAK NAM- Artis wanita yang cukup popular dan jelita,Erra Fazira sungguh terkilan dengan perjalanan kerjaya Salma portugenya. Yelah, Kak Nam tahu anda semua mesti tertanya-tanya juga kenapa Salma tiba-tiba senyap dan tenggelam. Biasalah tu,bila dah masuk ke dunia artis ni kenalah pandai membawa diri dan mencari job untuk teruskan perjuangan dalam bidang seni. Kalau tak tenggelam macam nilah jawabnya.
Nampaknya gelaran juara di mentor 5 dulu bagi Salma hanyalah setakat tu je. Kerjayanya tak berkembang dan tidak naik ke persada seni sekarang. Salma sepatutnya berjumpa dengan orang yang tepat untuk membawanya melangkah jauh serta mengatur kerjaya juga namanya yang sudah dibina sejak menjuarai Mentor musim kelima itu.
"Selepas sahaja habis Mentor 5, saya ada menawarkan diri untuk membantunya serta menguruskan kerjayanya sebagai seorang penyanyi. Namun Salma menolak kerana mahu membawa haluan sendiri.
"Tapi sehingga kini, saya agak kecewa apabila melihat keadaanya yang masih terumbang-ambing membawa haluan diri sendiri dalam bidang ini.
"Sayang juga dengan nama yang telah ditempanya sebagai seorang juara. Bagi saya, juara bukanlah tiket untuk dia berjaya dalam bidang nyanyian kerana dia perlu banyak usaha lagi untuk kekal dalam indusrti ini.
"Saya pasti dia boleh pergi jauh jika dia dapat berjumpa dan dibawa oleh orang yang benar-benar tahu mengenai selok-belok industri muzik ini.
"Walau bagaimanapun, sebagai bekas mentornya saya masih lagi terbuka untuk membantu sekiranya dia meminta pertolongan daripada saya,"
"Saya lihat Salma masih mencari identitinya sendiri. Saya takut dia tersalah memilih identiti atau genre muzik untuk dipersembahkan.
"Saya tahu, dia sukakan muzik rock dan cuba untuk membawa identiti rock. Tapi sayang orang lebih suka melihatnya membawakan lagu pop dan balada.
"Tidak salah memilih genre muzik yang kita suka. Tetapi apa yang penting untuk bertapak dalam industri muzik, pertama sekali dia perlulah mengutamakan kemahuan peminat pada waktu itu.
"Bila kita sudah benar-benar dapat menempa nama dalam idusrti, barulah seseorang artis itu berpeluang untuk memilih muzik yang dia suka kerana waktu itu dia sudah ada pengikutnya sendiri,"
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!