Blogger-Blogger Femes

Friday, January 6, 2012

Ada Selebriti Popular Bela "anak ikan"

Views
KAK NAM- Kata sumber, pada mulanya dia hanya mendengar cerita mengenai selebriti ini yang dalam diam-diam membela seorang ‘anak ikan’ sebagai penghibur dikala kesunyian. Sebagai balasan, selebriti ini menghadiahkan sebuah Penthouse kawasan elit di tengah ibu kota buat ‘anak ikan’ kesayangannya. Bukan itu sahaja, selebriti ini sanggup membuka sebuah salun rambut khas untuk peneman hatinya.
Sumber pada mulanya enggan mempercayai cerita tersebut, sehinggalah, dia sendiri terserempak dengan selebriti itu ber’shopping sakan dengan ‘anak ikan’ tersebut.



“Memang mesra gila tengok dia kehulu-hilir dengan ‘anak ikan’ dia KLCC tempoh hari. Dalam senyap, ramai yang ambil gambar. Tetapi, apabila dia perasan yang ramai orang mula mengambil gambar, dia suruh ‘anak ikan’ tu tunggu kat tempat lain. Nak coverline lah tu!” bisik sumber yang identitinya dirahsiakan.

Tengok,ada juga artis yang bela anak ikan sekarang ni. Kak Nam rasa duit artis ni terlebih-lebih kot sampai tak tahu nak sedekah kat mana tu yang bela anak ikan. Astaqfirullah...dunia sekarang. Mungkin disebabkan artis ni mudah mesra membuatkan kemesraannya disalah tafsir.

Mungkin juga, kelantangan suara selebriti itu dalam sebuah rancangan realiti membuatkan sesetengah orang tidak senang duduk. Nak buat macam mana, hati orang busuk kan? Harap, selebriti itu tidak melatah dengan cerita-cerita kurang enak ni.
P/S Kak Nam : Buat apa nak bela-bela anak ikan ni..kahwin je senang. Orang pun tak fitnah macam-macam.


Sumber : Ohbulan
Best regards,

0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!