Blogger-Blogger Femes

Wednesday, January 4, 2012

Sherry Merlis Kini Isteri Ash

Views
KAK NAM- Mungkin ramai yang dah tahu pasal perkahwinan pasangan selebriti Sherry Merlis dan vokalis kumpulan Gabba Gabba Band,Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid atau dikenali dengan Ash. Hanya bercinta selama 6 bulan mereka telah selamat diijab kabul pada ahad lalu,1/1/2012 adalah tarikh yang sungguh sesuai. mereka telah melangsungkan majlis pernikahan di Madrasah Islahiyah Addiniyah, Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur dan dihadiri hampir 100 orang tetamu dan dinikahkan sendiri oleh bapa Sherry, Wan Zainal.

Tahniah Kak Nam ucapkan pada pasangan selebriti ni. Mas kawin yang diberikan oleh pihak lelaki ialah RM200 beserta tiga dulang hantaran terdiri daripada sirih junjung, cincin dan manisan manakala pihak perempuan membalas lima dulang hantaran berupa sirih junjung, sebuah kitab Al-Quran, cincin, manisan dan kek.



Perkahwinan ini merupakan perkahwinan kedua buat mereka. Sebelum ini Sherry pernah mendiriikan rumahtangga bersama pelakon, Esma Daniel dan dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Habib Daniel, 18 dan Harith Daniel, 17. Manakala Ash pula, sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dengan pelakon dan pengacara Melodi, Dira Abu Zahar dan dikurniakan seorang anak perempuan, Tengku Anggun Deandra, 3 tahun.

P/S :Kak Nam doakan semoga rumahtangga mereka kekal hingga akhir hayat.

Sumber:OHbulan


Best regards,

0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!