Blogger-Blogger Femes

Monday, January 9, 2012

Pembaca Berita TV3 Tersasul Anwar Ibrahim Adalah PM

Views
KAK NAM- Betul ke apa yang Kak Nam baca ni?? Inilah artikel yang Kak Nam baca dalam satu blog Isu Semasa yang mengatakan pembaca berita Tv3 tersasul. Aiii..takkan lah sampai PM sendiri pun boleh tersasul ye tak. Ni mest dalam pikiran asyik melayang je. Atas sebut itu pembaca berita TV3 ni telah memohon maaf.


Pembaca Berita TV3 Jay Jamalina meminta maaf secara terbuka melalui laman sosial Twitter miliknya selepas tersasul menyebut nama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Di bawah ni Kak Nam ada sediakan video semasa pembaca berita ni tersasul masa penuyiaran di buat.



Menurut Jay yang juga merupakan penyampai laporan berita setiap jam dan laporan trafik terkini di Hot FM, dia benar-benar tidak sengaja untuk tersasul ketika berniat untuk menyebut nama Datuk Seri Najib Tun Razak dan tersebut pula nama Anwar.


Insiden tersasul itu dikatakan berlaku memandangkan Jay Jamalina atau nama sebenarnya Nur Jamalina Mohd Jamali, sebelum itu telah berkali-kali menyebut nama Anwar pada laporan-laporan berita berhubung keputusan kes liwat Ketua Pembangkang itu yang akan diketahui esok.


Best regards,

0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!