Blogger-Blogger Femes

Wednesday, January 4, 2012

Jangan Menyalahkan Orang Lain- Chef Wan

Views
KAK NAM- Chef Wan melalui laman Facebooknya berkongsi pandangan mengenai kehidupan sesetengah orang yang tertekan dengan kekangan kewangan atas pelbagai faktor sampingan. Tidak menyalahkan mana-mana pihak, Chef Wan menegur sikap segelintar masyarakat yang menjalani gaya hidup mewah serta banyak melepak merupakan punca utama kehidupan seseorang itu umpama “kais pagi makan pagi kais petang makan petang”.


Jom kita tengok apa cerita yang sebenarnya,



Memetik kata-kata Chef Wan, “Orang beli branded goods kita pun mahu, orang di dalam rumah cantik dihias dengan macam pun kita mahu termasuk orang travel overseas pun kita teringin.That of course is normal kan sememangnya naluri manusia ini berkehendakan segala galanya yang baik. However all that wishing and dream day after day tak akan menjadi kenyataan jika kita sendiri tidak bangun untuk berusaha to change our life.”

Berdasarkan pengalamannya, Chef Wan dikatakan sudah banyak kali bertemu dengan orang malas berusaha dan membiarkan masa berlalu begitu sahaja. Rutin tidur berlebihan juga tidak digalakkan kerana ia akan menjejaskan produktiviti serta daya saing seseorang.

Sempat memberikan nasihatnya yang terakhir, Chef Wan menegur supaya individu berkait tidak menuding jari terhadap orang lain jika berlakunya sesuatu kesusahan.

“Apabila kita di timpa kesusahan jangan lah salah orang yang lain kerana kita sendiri tidak pandai mengubah nasib kita sendiri.”

Sumber : OHBULAN


Best regards,

0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!