Blogger-Blogger Femes

Thursday, January 5, 2012

Airmata Zizan Tumpah Kerana Juliana Evans?

Views
KAK NAM- Terkejutkan bila baca tajuk kat atas tu?? Kak Nam pun apa kurangnya lagilah terkejut. Zizan ni  pelawak kegemaran Kak Nam taw. Siapa sangka Zizan seorang pelawak yang selalu membuat lawak slumber dan kering ni boleh menitiskan air mata untuk seorang wanita. Wow! terharu Kak Nam..kelas kau Zizan. Dalam hati ada taman rupanya. Nak tahu kenapa Zizan menitiskan air mata? Jom kita tinjau..
Zizan hadir menemani Juliana Evans bersama-sama dengan teman rapat dan juga ahli keluarga memberikan lambaian terakhir dan semangat buat gadis cantik ini sebelum berangkat terbang ke Amerika Syarikat (USA) untuk menyambung pengajian selama dua tahun di sana.

Juliana juga mengaku yang dia sebak serta menangis kerana terpaksa berjauhan dari keluarga dan juga orang yang tersayang di Malaysia. Juliana ingin menyambumg pelajarannya di University of Michingan, USA peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang komunikasi di ambil selepas memikirkan untuk memperbaiki kehidupan di masa akan datang. 


“Kerjaya lakonan tidak mungkin boleh kekal lama. Justeru itu saya perlu belajar mendalami ilmu seni dari segi pengurusan produksi pula.

“Saya ingin belajar cara pengurusan di belakang tabir. Insya-Allah, kelas saya akan bermula pada minggu depan,” kata Juliana.

“Kami mula rapat waktu berlakon bersama dalam filem Hantu Bonceng. Memang senang ngam dengan Jue sebab dia chill dan tak hipokrit. Siapa tak cair tengok Jue, dia seorang yang sangat cantik dan terbuka berbincang apa sahaja.

“Buat masa sekarang kami masih kekal sebagai kawan dan saya belum bersedia untuk ada teman buat masa ini,” kata Zizan.

“Saya tak nafikan dia menepati kriteria lelaki idaman tetapi buat masa ini, saya belum bersedia untuk bercinta semula,” kata Juliana.

0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!