Mengenai desas-desus mengatakan perceraian bakal berlaku dan Rita sendiri sedang menunggu surat cerai daripadanya, Aidil tidak mengesah atau mengiyakan perkara itu. Sebaliknya dia meminta semua pihak supaya menunggu kenyataan rasmi daripadanya.
"Saya tidak boleh cakap apa-apa lagi buat masa ini. Tunggu saja kenyataan daripada saya apabila tiba masanya," katanya.
Jawapan daripada Zaquan pula mengenai dakwaan Rita kononnya mencampuri urusan rumah tangganya. Tegas Zaquan, jika benar mereka bersikap seperti yang didakwa, dia meminta kakak iparnya mengemukakan bukti yang mengatakan dia dan Ayu bersepakat melarikan Aidil dari rumah.
"Abang saya yang meminta saya menghantarnya pulang ke rumahnya. Kebetulan kami suami isteri memang mahu keluar dan memandangkan lokasi yang kami mahu tuju itu berdekatan, jadi saya hantarlah. Jika benar kami membantu mengangkat barang seperti yang dia lihat menerusi CCTV, sila tunjukkan rakaman itu," tegasnya sambil mengakui bersimpati dengan situasi yang menimpa kembarnya.
Best regards,
Best regards,
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!