Blogger-Blogger Femes

Tuesday, May 22, 2012

To'ki Kini Seorang Peminta Sedekah

Views
KAK NAM- Baru beberapa minit tadi Kak Nam terbaca pada satu blog hiburan yang boleh dikatakan agak popular tentang isu kononya penyanyi popular tahun 80an dulu, To'ki kini adalah seorang peminta sedekah. Tidak tahu benar atau tidak, pihak blog tersebut akan cuba sedaya upaya untuk mencari bukti pengesahan yang orang itu adalah benar-benar To'ki. Menurut blog itu lagi, seorang penggiat forum bernama Ameflora menulis mengatakan yang beliau terlihat satu status Facebook rakan beliau yang mendakwa ternampak kelibat To’ki sebagai peminta sedekah.





Beliau sendiri mendakwa pernah terserempak dengan To’ki sebelum ini di’sekitar kawasan yang sama iaitu Pasar Borong Selayang & tidak menyangka lelaki meminta sedekah itu adalah To’ki. Kalau tidak salah Kak Nam, kali terakhir mendengar kisah To'ki pada tahun 2006 tentang isu dadah dan memukul isteri. 

Tujuan Kak Nam kemukakan isu ini bukanlah untuk mengaibkan,tetapi sekadar inginkan kepastian. Manalah tahu dengan kongsi cerita sebegini kita sama-sama dapat membantu masalah To'ki  dan memberi sedikit sumbangan kepadanya. Kak Nam harap tidak lama lagi pihak blog tersebut mendapatkan pengesahan secepat mungkin. 







10 25 komen terhebat!!:

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!