KAK NAM - Pelakon lelaki yang cukup kacak ini sudah lama tidak kelihatan lakonannya di kaca tv. Hari ini Kak Nam dapat berita dari sumber mynewshub yang mengatakan Zed Zaidi menerima ugutan bunuh dari orang yang tidak dikenali. Mungkin ramai yang tahu bahawa Zed Zaidi telah mengusulkan tiga cadangan kepada pihak kerajaan dan salah satunya mengenai kebenaran untuk menggelapkan cermin kereta demi keselamatan setiap keluarga. Niatnya itu telah membuatkan sesetengah pihak disalah erti dan menerima ugutan bunuh.
Ia menerima pelbagai ugutan seperti ingin merompak dan membunuhnya menerusi emel, panggilan telefon serta melalui laman sosial peribadinya, Twitter dan Facebook.
“Apa salah dan dosa saya hanya disebabkan mengusulkan permintaan cerming gelap kepada
menteri, saya menerima banyak ugutan.
“Saya bimbangkan keselamatan diri dan isteri yang sedang mengandung lima bulan,” kata Zed Zaidi.
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!