Blogger-Blogger Femes

Thursday, March 1, 2012

Gosip Hangat -Selebriti Wanita Derhaka Kepada Bapanya

Views
KAK NAM- Kita semua tahu yang ibu bapa adalah segala-galanya bagi setiap insan yang bergelar anak. Tapi Kak Nam tak sangka yang ada seorang artis wanita ni derhaka kepada bapanya. Yalah,Kak Nam tahu yang syurga itu di bawah tapak kaki ibu tapi kalau dah derhaka dengan bapa tak masuk syurga jugalah. Memang semua manusia buat silap,tapi takkan artis wanita ni tak tahu nak beza derhaka ke tak.

The Splintered Someone


Menurut sumber yang Kak Nam perolehi, artis wanita ni tinggal sebumbung dengan bapa dan ibu tirinya selepas bapanya kahwin lain. Si bapa dan ibu tirinya pun tak kisahlah dia tinggal sebumbung. Apa yang sedihnya, artis wanita itu tidak melayan bapa dan ibu tirinya dengan baik di rumah itu. Bukan saja hilang rasa hormat, malah dengan bapanya sendiri dibuat musuh dan sering bergaduh walaupun perkara kecil kerana dia tidak sukakan ibu tirinya turut menumpang di rumah itu.

Si bapa dan ibu tirinya juga berusaha untuk berbaik dengan artis wanita itu, tapi dia tetap dengan sifat degil dan keras kepalanya. Artis wanita itu juga melayan bapa dan ibu tirinya seperti orang asing di rumah mereka.
Bila gagal menyelesaikan masalah mereka anak beranak, si bapa pun meminta secara baik artis wanita itu keluar dari rumahnya. Apa guna mereka tinggal bersama tapi sering bergaduh dan bermasam muka?

Bagi mengelakkan perselisihan faham mereka berterusan, si bapa menyuruh artis wanita itu keluar dari rumahnya secara baik. Tapi artis wanita itu tetap enggan keluar dari rumah bapanya itu. Si bapa merancang untuk membuat laporan polis dan mengusir artis itu keluar dari rumah jika dia terus berdegil. Nasihat Kak Nam kepada artis wanita berkenaan bertaubatlah,walaupun kita tak suka pada ibu tiri jangan bapa kita yang jadi mangsa dan kita menjadi anak derhaka. Sebelum terlambat bertaubatlah..taku nanti menyesal plak.








0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!