Blogger-Blogger Femes

Monday, March 5, 2012

Haiza Inginkan Anak

Views
KAK NAM- Mungkin korang semua tak berapa nak kenal dengan Haiza tapi bila lihat mukanya korang kenal punyalah. Haiza ni seorang penyanyi dan pelakon yang dikatakan agak popular juga masa dulu. Sekarang pun dia ada berlakon tapi kurang. Apa yang Kak Nam dapat tahu Haiza nak menimang cahaya mata pada tahun ni setelah 5 tahun dia dah mendirikan rumahtangga. Sabarlah Haiza mungkin belum ada rezeki lagi..




"Ada yang kata saya merancang tetapi sebenarnya tidak kerana masih belum rezeki saya dan suami untuk mendapat zuriat

"Bagaimanapun tahun ini jika diizinkan Allah saya nak mengandung," ujarnya



 


"Risau jugak sebab dah hampir lima tahun kahwin masih belum 'melekat', tetapi doktor telah mengesahkan kami berada dalam keadaan sihat dan tiada sebarang masalah," ujarnya.


"Ada yang kata dengan mengambil anak angkat mungkin Allah akan berikan rezeki anak sendiri tetapi saya rasa kalau semata-mata mahu bela mereka dengan alasan itu lebih baik tidak perlu.

"Tanggungjawab memelihara anak angkat lebih besar dan saya belum bersedia," ujarnya.






Sumber : mStar

0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!