KAK NAM- Pasti ramai peminat Almy Nadia rindukan lakonannya di kaca tv. Almy selalu melakonkan watak komedi kini semakin bersemangat dengan adanya anak angkat perempuan yang di beri nama Nur Afrina Darwisya. Dengan kehadiran anak angkatnya itu membuatkan Almy semakin matang menjadi seorang wanita. Jom kita lihat komennya yang Kak Nam petik dari sumber mStar.
“Sejah setahun kebelakangan ini saya sibuk memberi tumpuan kepada anak angkat saya ini. Kehadirannya benar-benar telah mengisi kehidupan saya," katanya
"Setiap kali habis penggambaran atau apa-apa kerja saya akan terus balik naik bas atau menaiki kereta api untuk balik ke Pulau Pinang bagi bertemu dengan anak," ujarnya.
"Jika Afrina dapat menjadi hak kekal saya, saya berhasrat untuk membawa ibu saya dan anak angkat saya itu mengerjakan Umrah," katanya.
"Fizz langsung tiada masalah dengan perkara tersebut dan menyokong tindakan saya untuk mengambil Afrina sebagai anak," ujarnya.
"Saya sedar pelbagai tohmahan orang buat mengenai hubungan kami dengan mengatakan bahawa kami telah putus cinta. Rasanya tak baik berkata begitu kerana ia boleh menjadi satu doa buat saya dan Fizz,” jelasnya
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!