Blogger-Blogger Femes

Friday, March 23, 2012

Gosip Hangat - Isteri Kepada Seorang Pelakon Terlebih Over

Views
KAK NAM- Isteri mana yang tak nak sokong kejayaan suaminya..nak-nak pula si suami sekarang semakin popular dan juga laris di persada seni. Tapi berbeza pula dengan isteri seorang artis sebab dia  juga menjadi pengurus suaminya. Tidak kisahlah kalau nak jadi pengurus suami,elok juga sebab senang untuk berbincang.Tapi apa yang sedap Kak Nam dengar dia ni suka masuk campur dalam semua urusan suaminya. Aii..nilah yang dikatakan lebih sudu dari kuah.


boy, couple, girl, kiss, love


Menurut sumber metro yang Kak Nam perolehi, ramai jugalah mula tak suka berurusan dengan artis tu sebab tak tahan dengan karenah isterinya. Bila isteri buat perangai macam ni rezeki si suami pun larilah nampaknya. Susah juga bila dapat isteri seolah-olah queen control ni. Bukan je isterinya tu over dari dia malah tamak pula. Sampai semua tawaran dia nak sapu..belum tentu artis tersebut boleh berikan komitmen, takut nanti menyusahkan orang lain pula. Artis tu juga yang dapat nama busuk...

Nak dijadikan cerita, artis itu ditawarkan untuk terbabit dalam satu projek. Selepas sudah bersetuju dengan semua syarat yang ditetapkan penganjur termasuk untuk menjayakan sesi fotografi dan promosi, isteri tadi berani terima pula tawaran lain sedangkan suaminya sudah terikat dengan projek sebelumnya. Ini menyebabkan suaminya selalu datang lewat ke sesuatu temu janji dan foto sesi. Apa lagi, dalam satu kejadian, rakan artis lain yang sudah menunggu lama pun mulalah tarik muka 14 apabila melihat kemunculan artis itu bersama isterinya pada saat-saat akhir.

Disebabkan perangai isterinya yang meluatkan tu, membuatkan penganjur mula serik nak berurusan dengan artis tersebut.Sikap yang sedemikian hanya memberikan kesan tidak baik kepada artis lelaki itu dan boleh menjejaskan perkembangan kariernya.









0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!