Blogger-Blogger Femes

Monday, March 5, 2012

Lisdawati Pertahankan Suami

Views
KAK NAM- Rumahtangga pelakon yang cukup popular Lisdawati dan suami Fauzi Nawawi,kini dilanda lagi dengan kontrover hangat dimana suaminya mempunyi keksih gelap. Oppss..betul ke apa yang Kak Nam dengar ni?? Walau bagaimana pun,mereka tak cepat melatah dengan gosip yang timbul malah Lisdawati tetap mempertahankan suaminya.


BAKAT...Lisdawati sedang mendalami aksi lagak ngeri untuk lakonan filem Pak Pong.

“Apabila mendapat tawaran berlakon filem Pak Pong, saya berazam untuk buat dengan bersungguh-sungguh agar lakonan saya hidup. Saya sudah lama kenal Fauzi iaitu sejak dia menjadi pelakon lagak ngeri lagi. Dia memang selalu melakukan aksi berbahaya.

“Insya-Allah, saya akan buktikan kepada semua peminat, saya tidaklah ‘selembut’ yang mereka sangkakan selama ini. Bagi meningkatkan stamina, saya juga kerap ke gimnasium untuk bersenam demi menjayakan babak lagak ngeri dalam filem,” katanya.


Foto

“Saya baru selesai menjayakan babak dalam filem Pak Pong yang membabit�kan tempoh lima hari saja. Saya pegang watak jahat sebagai jin tanah dan hanya buat dua babak saja termasuk pertarungan dengan orang bunian.

“Watak saya kecil saja tapi ia tetap memainkan peranan penting dalam filem ini.
Saya juga perlu berlatih buat lagak ngeri untuk menjiwai watak berkenaan.

“Pada masa sama, saya juga ingin buktikan kepada orang, di sebalik imej lemah lembut ini, saya sebenarnya wanita lasak dan setanding dengan lelaki. Saya juga jadikan pelakon filem Underworld, Kate Beckinsale sebagai idola saya dalam lakonan,” katanya.

Foto

“Saya akui ia memang sukar kerana watak jin tanah itu sungguh lasak. Saya pernah terjatuh dan terhentak kepala ketika asyik belajar buat babak lagak ngeri dengan sepasukan lagak ngeri yang diketuai Fauzi selama tiga minggu.

“Saya sanggup belajar buat lagak ngeri kerana ingin nampak kuat apabila wujudnya babak pergaduhan. Ia juga percubaan pertama dan saya tak gayat apabila tergantung menggunakan kabel. Selain itu, saya juga berlatih dalam air untuk membuat salah satu aksi untuk watak jin tanah itu,” jelasnya.


Foto


“Suami layan sama rata semua pelakon dan kru dalam filem ini. Saya juga dimarahi Fauzi jika tidak dapat menjiwai watak jin tanah seperti dikehendakinya.

“Sebagai pengarah, Fauzi lebih tahu apa yang diperlukannya dalam filem itu.
Pada masa sama, kami juga tidak ada masa nak ‘berkepit’ sepanjang di lokasi penggambaran filem ini kerana Fauzi sibuk bekerja menyiapkan semua babak penggambaran,” katanya.

Foto

“Ini kali pertama kali Fauzi mengarah filem dan saya gembira mendengar komen positif daripada seluruh tenaga produksi yang suka bekerja di bawah arahannya.
Fauzi tidak garang tapi kelakar di lokasi. Apabila bekerja, dia sangat fokus,” ujarnya.

Foto

“Sebagai pelakon, saya anggap peluang buat persembahan pada malam kemuncak ABPBH2011 nanti satu penghargaan dalam karier seni. Maklumlah, selama ini hanya penyanyi yang selalu mendapat peluang itu.

“Kami masih berbincang mengenai konsep persembahan kami nanti,” katanya yang bakal menggayakan rekaan Shila Mohamad untuk menyemarakkan lagi acara berprestij itu.









Sumber: Metro

0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!