Blogger-Blogger Femes

Wednesday, March 7, 2012

Fasha Sandha Minta Doakan Yang Terbaik Untuk Dia Dan Jejai

Views
KAK NAM- Pelakon wanita yang terkenal Fasha Sandha kini sedang menunggu hari yang cukup bahagia untuk bersama dengan Jejai kekasih hatinya yang sebelum ini sering menjadi kontroversi. Mereka akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi..Kak Nam harap mereka berdua bahagia hingga akhir hayat bukan sekerat jalan. Menurut sumber metro,masa berjumpa dengan Fasha dia kelihatan sungguh gembira sambil menjerit "Im so happy dear". Wah! betul-betul tak sabar nampaknya Fasha ni yek...


pix_middle

Jom kita lihat apa komen Fasha semasa temubual dengan akhbar metro..

“Bukan berahsia atau sengaja main tarik tali, namun saya enggan terus tersilap percaturan yang akhirnya mengundang kecewa kepada diri sendiri. Sebelum ini saya tidak pernah memberi sebarang kenyataan sebaliknya semua yang tersebar hanya satu spekulasi, bukannya daripada bibir saya,” katanya memulakan perbualan.


“Saya bercinta dan itu adalah perkara yang tidak saya nafikan. Namun bercerita soal berkahwin dan perancangan ke arah itu, semuanya saya serahkan kepada Tuhan dan jodoh.

“Jujurnya Jejai memang sudah pun datang bertemu keluarga saya untuk merisik. Saya sendiri sudah menerima lamarannya dengan hati yang terbuka. Inilah dikatakan takdir dan jodoh,” katanya.


pix_topright


“Memang benar saya dan Jejai ada ke butik bagi mengukur pakaian. Betul juga mengenai gambar kami berdua menghadiri kursus kahwin baru-baru ini. Memang seronok apabila pertama kali bertandang ke butik pengantin dan berbincang mengenai busana pilihan. Begitu juga dengan kursus kahwin yang kami berdua hadiri. Ia satu pengalaman baru buat saya dan memberikan saya perspektif baru dalam membina sebuah keluarga.

“Alhamdulillah apa yang kami rancang berjalan dengan lancar. Itulah saya katakan usaha kami berdua untuk ke arah lebih baik dalam hubungan sedia ada. Insya-Allah kami lakukan perlahan-lahan mengikut masa yang sempat memandangkan kami berdua begitu sibuk dengan kerja masing-masing,” jelasnya lagi.

“Alhamdulillah ranjau, dugaan dan seribu satu warna yang pernah singgah dalam hubungan kami tidak pernah berpanjangan. Biar pelbagai kisah dan versi pernah diceritakan, saya dan Jejai masih bersama dan itu saja yang mengundang rasa tenang buat saya selain kerja dan tanggungjawab harian yang begitu banyak.

“Jejai lelaki pilihan hati kerana sikap dan personaliti dirinya yang jelas menambat jiwanya untuk memilihnya sebagai pasangan hidup,” katanya.

“Segala persiapan termasuk tarikh dan lokasi perkahwinan sudahpun ditetapkan pihak keluarga. Namun saya masih belum bersedia mengumumkannya kerana biarlah apabila sudah hampir dengan tarikhnya nanti. Saya harap peminat faham dan saya berjanji akan ceritakan segala-galanya apabila sudah sah nanti,” katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran Seindah Sakura.









0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!