KAK NAM- Bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan terkilan kerana ada dakwaan yang mengatakan dia tidak mengacara lagi dalam rancangan tersebut disebabkan Yuna. Kak Nam kadang-kadang tak fahamlah dengan sesetengah pihak yang suka buat andaian sendiri tanpa selidik dulu. Apa yang Kak Nam tahu dari sumber mStar, Qi tarik diri kerana ingin tumpukan perhatian kepada lakonan. Jom kita lihat komen Qi sendiri..
"Keputusan meninggalkan program tersebut dibuat saya sendiri kerana ingin menumpukan perhatian kepada perkara lain dan tidak dapat memberikan komitmen kepada JJCM," ujarnya
"Sebelum saya memberi masalah kepada mereka lebih baik saya undur diri dan memberi laluan kepada muka baru tambahan pula konsepnya telah berubah," ujarnya.
"Jika betul pun saya ada masalah, adalah tidak patut untuk melibatkan Yuna hanya kerana kami berkawan," ujarnya.
"Rasanya perubahan mendadak terhadap konsepnya telah membuatkan peminat setia program itu sedikit terkejut," ujarnya.
"Saya sendiri mula-mula dulu ada orang kritik tetapi saya ambil itu sebagai satu pengajaran dan pembelajaran buat saya. Alhamdulillahlah lama-kelamaan orang akan mula menerima kita," katanya.
"Buat masa ini saya ingin memberikan perhatian kepada dunia lakonan kerana sudah lama tidak berlakon tetapi itu tidak bermakna akan tinggalkan dunia pengacaraan," ujarnya.
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!