Blogger-Blogger Femes

Friday, March 9, 2012

Sharnaaz Cerita Pengalaman Terperangkap Dalam Banjir Bersama Shila

Views
KAK NAM- Pelakon lelaki Sharnaaz yang kini semakin melonjak naik namanya bila gosipnya bercinta dengan Shila Amzah kian tersebar di ahbar dan tidak lagi menjadi rahsia. Di dalam akhbar mStar hari ini Sharnaaz menyatakan bahawa keretanya telah ditenggelami air selepas terperangkap dalam banjir kilat pada malam Rabu kelmarin. Sharnaaz berkata air telah masuk kedalam keretanya separas stereng dan terpaksa menghantar keretanya ke bengkel kerana telah berlaku kerosakkan yang agak serius.




“Ini adalah pengalaman pertama saya mengharungi keadaan sebegini dan ia cukup menakutkan tambahan pula ketika itu Shila ada bersama saya.

"Bagaimanapun saya bersyukur kami terselamat dalam kejadian itu tanpa sebarang kecederaan walaupun kereta milik saya rosak teruk akibat ditenggelami air," ujarnya 


"Pada mulanya Shila dan ibunya datang bersama tetapi masa balik dia balik dengan saya diekori oleh ibunya di belakang.



"Masa kejadian saya singgah di stesen minyak di Batu 11, Ulu Langat dan diberitahu oleh ibunya untuk berpatah balik kerana jalan menghala ke rumah Shila di Ampang telah dinaiki air



Selepas selamat dari banjir


"Saya cuba berpatah balik untuk ikut melalui laluan Bukit Ampang tetapi jalan telah ditutup oleh pihak polis dan kami berdua tersadai di tepi jalan berhampiran sebuah pasar raya," ujarnya.

"Ia adalah pengalaman yang cukup buruk setakat ini buat saya dan Shila. Nasib baik dia juga seorang yang kuat semangat," katanya


"Kami terpaksa bermalam di atas lori yang tidak berbumbung dan mengharungi hujan lebat sepanjang malam dan hanya keluar daripada kawasan itu lewat pagi ini," ujar penyanyi itu menerusi satu entri di Twitter.







0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!