Blogger-Blogger Femes

Thursday, March 15, 2012

Suami Nadia Mustafa masuk ICU

Views
KAK NAM- Hari ini keluar lagi berita artis yang tidak meyenangkan,suami Nadia Mustafa masuk icu. Jom kita lihat petikan akhbar metro tenteng isu ini. Kak Nam copy 100% untuk korang..


Sewaktu dihubungi di sini, semalam, Nadia berkata, suaminya terpaksa menjalani pembedahan di salah sebuah hospital swasta di Bangsar.

“Menurut laporan doktor, keadaan Hazil kini stabil, tetapi masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya.

Menceritakan apa yang berlaku, kata pelakon utama drama Tersungkur di Kaki Cinta itu, sebaik keluar hospital selepas mendapatkan rawatan akibat dipukul 20 lelaki tidak dikenali, Hazil selalu mengadu sakit kepala. “Bukan itu saja, dia juga sudah beberapa kali pitam dan mengalami masalah seperti serangan strok ringan. Risau dengan keadaan itu, kami kembali merujuk kepada doktor yang merawatnya. “Selepas pemeriksaan rapi dibuat, doktor mendapati ada darah beku di kepala dan bagi menyelamatkan nyawanya, pembedahan terpaksa dilakukan,” katanya.



Masalah kesihatan dialami Hazil dipercayai berpunca daripada peristiwa penerbit filem itu dipukul 20 lelaki tidak dikenali bersenjatakan botol kaca dan kayu di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, 1 Mac lalu.

Pergaduhan berpunca akibat perselisihan faham antara krew penggambaran produksi Hazil dengan ‘bouncer’ pusat hiburan tersebut mengenai zon larangan merokok. Hazil yang cuba menenangkan keadaan dihentak dengan botol kaca.

Pada peringkat awal selepas kejadian itu, pihak hospital mendapati Hazil mengalami patah tulang pipi kanan dan terseliuh di bahu kiri.








0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!