Blogger-Blogger Femes

Wednesday, March 28, 2012

Awal Tidak Benarkan Scha Peluk Lelaki Lepas Kahwin

Views
KAK NAM- Tahniah Kak Nam ucapkan kepada pasangan kekasih Awal dan juga Scha kerana akan mendirikan rumahtangga tidak lama lagi. Dengan restu kedua belah keluarga membuatkan Scha dan juga Awal semakin yakin untuk bersama. Mengikut sumber yang Kak Nam perolehi, Awal telah meletakkan syarat bahawa Scha tidak boleh peluk dengan lelaki dalam lakonannya selepas berkahwin. Ini untuk mengelakkan dari kontroversi berlaku dan menjaga nama baik keluarga.




"Apabila bergelar isteri, semestinya dia (Scha) perlu menjaga nama baik suami dan keluarga kedua-dua belah pihak.

"Jadi, terdapat beberapa syarat yang perlu diikuti iaitu biarlah tawaran watak yang diterima sesuai dengan status isteri yang dibawanya.

"Kalau boleh saya tak mahu dia berpelukan dengan lelaki lain, nampak kurang manis," katanya selepas sidang media pengumuman tarikh perkahwinan mereka di Ampwalk, Jalan Ampang di sini, Selasa.




Awal dan Scha gembira hubungan mereka direstua keluarga kedua-dua belah pihak.



"Berdasarkan pesanan-pesanan daripada rakan-rakan yang sudah berumah tangga dan orang tua-tua, mereka memberitahu, jika suami isteri tidur bersama akan menguatkan lagi mahligai perkahwinan.

"Sibuk dan gaduh besar macam mana sekalipun, ibu berpesan, tidur mestilah sekali. Ia merupakan salah satu tip kebahagiaan dalam rumah tangga," ujar Awal.

"Hahaha! Saya pun tak tahu yang dia mahu saya lebih memilih watak selepas berkahwin nanti. Bagaimanapun itu bukannya satu masalah pun.

"Sebagai isteri, saya perlu mengikut kata-katanya nanti. Cuma saya harap, Awal dapat menjaga saya seperti mana dia menjaga keluarganya," tutur Scha sambil memberikan senyuman kepada bakal suaminya itu.







Kredit : mStar

0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!