Blogger-Blogger Femes

Tuesday, March 20, 2012

Masalah Kewangan Punca Ekin, Yazir (AF3) Tangguh Kahwin

Views
KAK NAM- Mungkin ramai yang tidak berapa kenal dengan pasangan kekasih ni, Ekin dan Yazir. Mereka adalah bekas pelajar AF musim ke 3. Bagi peminat Af yang tidak pernah melepaskan peluang untuk menonton rancangan realiti ni pasti korang kenal dengan mereka. Memang sejak dari dalam Af lagi mereka telah menjalinkan hubungan cinta. Tetapi disebabkan masalah tertentu mereka menangguhkan perkahwinan. Kat bawah ni Kak Nam pamerkan ulasan mereka yang Kak Nam petik dari mStar.


Foto terbaru Ekin

"Saya dan Yazer bukannya popular sangat dan jarang ada undangan nyanyian. Tambahan pula tanggungjawab untuk berkahwin bukannya senang kerana ia memerlukan komitmen yang besar terutamanya daripada pihak lelaki," ujarnya kepada mStar Online.

"Kepada Yazer saya mengadu dan berkongsi masalah dan begitu juga dia. Kami saling menjaga hubungan antara satu sama lain," ujarnya.






Yazir


"Nak kata kecewa tidak juga tetapi itu adalah satu usaha yang perlu saya lakukan untuk meneruskan kerjaya nyanyian saya selepas tidak begitu dikenali di kalangan peminat di Kuala Lumpur," ujarnya.

"Saya menjadikan Felix sebagai pemangkin semangat saya kini kerana kerjaya nyanyiannya stabil dan popular di Sabah dan saya telah pun berbincang dengannya untuk menghasilkan sebuah lagu duet," katanya.








0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!