Blogger-Blogger Femes

Monday, March 19, 2012

Aremeer (Sofazr) Akui Kurus Selepas Putus Tunang

Views
KAK NAM- Kumpulan Sofaz semakin meningkat naik nama di persada seni setelah beberapa kali telah masuk dalam Finalis Muzik-Muzik. Apatah lagi dengan suara merdu vokalis kumpulan tersebut,Aremeer membuatkan lagu yang dinyanyikan bertambah popular. Mungkin ramai peminatnya perasan yang badan Aremeer kini semakin kurus disebabkan putus tunang baru-baru ini. Jom kita lihat komennya sendiri yang Kak Nam petik dari mstar.




“Seperti yang pernah saya beritahu, saya memang mengamalkan diet untuk turunkan berat badan daripada 74 kilogram kepada 59 kilogram kini.

“Tapi saya tidak nafikan perasaan kecewa kerana putus tunang turut memberikan kesan pada kehidupan saya,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.


Foto Sebelum 


“Saya masih kekal solo dan belum berpunya sehingga kini. Ibu nasihatkan saya tidak perlu bersusah payah untuk mencari teman wanita, biarkan saja dia datang sendiri.

“Kesibukan dengan urusan kerja membuatkan saya tidak terlalu memikirkan mengenai soal teman wanita,” katanya
.


Foto sekarang



“Kami akan muncul dengan lagu ‘single’ terbaru hasil kolaborasi dengan KRU Studios. Ia berada di dalam peringkat perbincangan dan akan diputarkan pada tahun ini juga.

“Selain itu, filem pertama lakonan dan terbitan syarikat kami berjudul Sofazr The Movie: Jiwa Kacau juga akan ditayangkan pada tahun ini juga,” katanya yang bakal terlibat bersama Sofazr dalam program Versus di TV9.








0 25 komen terhebat!!:

Post a Comment

Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!