KAK NAM- Di dalam keratan portul mStar hari ini memaparkan isu tentang Saiful Apek. Setelah membuat ujian air kencing, Saiful Apek dan juga rakannya didapati positif ganja jenis Kanabis. Sebelum ni apa yang Kak Nam tahu, Saiful Apek sering menafikan yang dia terlibat dengan najis dadah ini. Tapi bila dah buat ujian air kencing, betul dia terlibat. Jom kita lihat keratan isu tentang Apek yang Kak Nam copy dari mStar.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada 11 malam, 12 Jun 2010 mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.
Israfel, 54, yang bertugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, turut memaklumkan bahawa proses ujian itu mengambil masa tiga hari.
Bagaimanapun, saksi kelima pendakwaan itu berkata beliau tidak ingat tarikh sebenar ujian tersebut, namun ia dilakukan antara 26 Jun hingga 17 Ogos 2010.
Kepada soalan lain, Israfel berkata ketika melakukan ujian itu, beliau tidak pernah mengalami kejadian tertukar sampel air kencing.
Saiful Apek serta tiga rakannya diwakili peguam Zambri Idrus dan Mohd Fadli Hashim.Perbicaraan di depan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid disambung 10 Mei depan.-BERNAMA
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!