KAK NAM- Sekarang ramai artis tanah air kita keluar isu-isu yang cukup menggembirakan seprti mendirikan rumahtangga,pertunangan dan termasuk jugalah melahirkan cahaya mata. Tak lepas peluang Kak Nam nak ceritakan perkembangan Linda Jasmin dan suaminya Qeu Haidar yang bakal mempunyai anak yang ke-2. Tanpa buang masa jom kita lihat komen mereka.
“Pembawaan bayi kali ini paling memenatkan! Penat yang lain macam berbanding sewaktu mengandungkan Qhalif dan Ratu dulu,” ujar Linda
“Saya memang mahukan seorang bayi perempuan, jadi sudah tentu selepas membuat imbasan jantina bayi sewaktu berusia lima bulan, saya cukup gembira apabila mendapat tahu saya bakal melahirkan seorang lagi bayi perempuan,” katanya penuh gembira.
“Saya lebih mementingkan tentang cukup minum air, makan vitamin dan makan makanan seimbang selain melakukan senaman yang bersesuaian dengan keadaan saya sekarang,” dedah Linda.
“Kadang-kadang, saya mengamalkan diet melampau kalau mahu kurus, tapi itu dulu sekarang tidak lagi. Malah saya akui, ketika awal proses kehamilan, saya ada juga menari. Sekarang apabila tengok budak-budak menari terasa gian juga, cuma untuk keadaan sekarang, saya perlu berehat dan tidak melakukan aktiviti yang boleh menjejaskan kesihatan kami berdua,” jelas Linda lagi.
“Secara jujur, saya alah dengan pil penahan sakit. Bayangkan, nanti apabila bersalin saya terpaksa merasa bagaimana perut saya dibedah tanpa sebarang ubat bius. Saya sendiri tak dapat nak bayangkannya,” ujar Linda bersungguh-sungguh.
“Sepanjang tempoh hamil, dia banyak tolong saya dan memberi sokongan kepada saya, malah nanti pada waktu bersalin, saya masih memerlukan sokongan suami untuk memberi saya kekuatan melalui fasa bersalin itu. Kemudian, selepas bersalin, Que masih perlu membantu saya kerana dia kena ambil alih tugas menguruskan studio kerana saya perlu berpantang,” bicara Linda
“Ratu macam penyeri, apabila kami pulang ke rumah dia yang akan menghiburkan kami. Menari, menyanyi dan macam-macam lagi. Dia seperti faham bahawa saya sekarang sedang sarat mengandung. Dia tidak banyak songeh dan sememangnya sangat membantu sebagai seorang anak kecil,” cerita Linda bersungguh-sungguh.
“Mungkin kami akan membeli beberapa pasang baju bayi dalam masa terdekat ini. Selebihnya hanya guna balik baju-baju Ratu yang masih elok. Sewaktu majlis melenggang perut tempoh hari pun sudah ada tetamu yang datang dan menghadiahkan kami beberapa set kelengkapan bayi,” tuturnya.
Sumber : Kosmo
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!