KAK NAM- Di dalam portul mStar hari ini menyatakan isu tentang pasangan suami isteri yang hangat diperkatakan sekarang,Yusry dan Lisa. Semasa temubual Yusry bersama mStar semalam menyatakan bahawa dia sangat terkejut kerana Lisa tidak cerewet. Korang boleh baca komen mereka sendiri yang Kak Nam petik dari mStar..
"Yusry sebenarnya adalah seorang yang ringkas dan tidak cerewet dalam banyak perkara dan dia pula terkejut apabila saya mempunyai sikap sama apabila saya tidak kisah tinggal di hotel biasa semasa di Eropah.
"Kunjungan ke sana bukan untuk tinggal di hotel mewah sebaliknya menerokai negara orang dan merapatkan hubungan kami suami isteri," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Khamis.
"Dia masih Yusry yang saya kenal sebelum kahwin dan sehingga kini dia adalah orang sama yang saya cintai. Rasanya, suami yang lebih banyak belajar mengenai diri saya sepanjang percutian itu," ujarnya.
"Percutian itu amat menyeronokkan kerana ia telah dirancang dengan baik sebelum kami berangkat," ujarnya.
"Semua tempat yang dilawati adalah sangat istimewa dan mempunyai memori tersendiri tetapi kunjungan ke Mont Blonc di pergunungan Alps yang terletak di antara negara Perancis dan Itali antara pengalaman menarik.
"Yusry juga sempat ke Bolognia di Itali untuk melawat muzium kereta mewah Lamborghini selain ke Rome dan beberapa lokasi lain," ujarnya.
Wah! bagusnnya Lisa ni ...tak pernah nak berkira langsung . Orang macam ni lah yang dikatakan saling tolak ansur baru keluarga bahagia...Memang Kak Nam puji sikap Lisa,muka pun cantik, malah hati pun baik. Semoga rumahtangga mereka kekal hingga akhir hayat...
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!