KAK NAM- Bekas pengacara Jalan Jalan Cari Makan Qi atau nama sebenarnya Qusairy Muhammed 35, enggan terburu-terburu untuk mendirikan rumahtangga memandangkan kekasih hatinya Yuna, kembangkan bakatnya ke luar negara. Qi kata dia bukan nak melambat-lambatkan benda yang baik ni,tapi sebagai kekasih dia menyokong Yuna usaha gadis itu untuk mempertaruhkan bakat seni walaupun terpaksa berjauhan. Selanjutnya komen Qi yang dipetik dari berita harian...
“Saya tidak mahu segala yang diusahakan selama ini untuk membawa muziknya ke arena global terhenti disebabkan perkahwinan. Apabila berkahwin, kita mempunyai tanggungjawab dan saya tidak mahu nanti tumpuannya terganggu kerana memikirkan tanggungjawabnya terhadap suami di sini.
“Tidak dinafikan ramai berjaya walau berstatus isteri, tetapi senario kami tidak sama kerana dia menetap di Los Angeles. Walau pulang ke tanah air lebih lima kali setahun, saya mahu tumpuan tidak terbahagi dua,” katanya yang memberi sasaran dua tahun lagi untuk berkahwin.
“Ya, saya pasti Yuna adalah gadis yang saya cari selama ini - bijak, pandai membawa diri, menghormati orang lain, lembut tetapi tegas dan paling penting kami serasi bersama. Kami boleh berbual apa saja, dari muzik hingga ke filem. Usia kami agak berbeza tetapi dia cukup matang.
“Sebagai kekasih, tentu saya risaukan keselamatannya di sana dan saya tahu, dia juga bimbangkan saya di sini. Apa pun kami sudah berjanji. Selain Skype serta telefon sebagai pengubat rindu, sepanjang perhubungan kejujuran menjadi terasnya,” ulasnya lagi mengenai percintaan yang genap dua tahun pada Julai ini.
“Sebenarnya saya sendiri tidak pernah membuat pengakuan sudah lama meminatinya. Apabila kami sudah berteman, saya semakin yakin Yuna mampu membawa muziknya ke peringkat antarabangsa,” katanya sambil tertawa kecil.
“Saya bangga dengan apa yang diusahakan Yuna. Dia berhak mengecap kejayaan melihatkan cara kerjanya. Pada masa sama, dia juga tidak lekang memberi galakan walau tidak kira bidang yang saya ceburi.
“Sebagai lelaki sudah pasti saya mahu menjadi lebih bagus. Bukan untuk bertanding kerana dia lebih berpengetahuan dalam muzik, cuma lebih kepada mencabar diri sendiri. Macam tahun ini, tumpuan saya adalah kepada lakonan,” katanya yang berduet dengan Yuna membawakan lagu KL Kita dalam album Terukir Di Bintang.
“Sebagai lelaki sudah pasti saya mahu menjadi lebih bagus. Bukan untuk bertanding kerana dia lebih berpengetahuan dalam muzik, cuma lebih kepada mencabar diri sendiri. Macam tahun ini, tumpuan saya adalah kepada lakonan,” katanya yang berduet dengan Yuna membawakan lagu KL Kita dalam album Terukir Di Bintang.
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!