“Namun suasana itu berlaku hanya sebentar dan selepas itu langit kembali cerah.
“Melimpah air mata saya dan terus menangis semahunya. Sebesar atau sekecil mana dosa pada-Nya, hanya Tuhan yang tahu. Sukar untuk saya menjelaskannya. Apabila mengingatinya, saya sangat takut dengan azab-Nya di akhirat kelak.
“Saya sarungkan ke kepala dan menyelinap suatu perasaan yang sangat aman dan mendamaikan. Oh, inilah rupanya yang Allah mahu saya lakukan iaitu bertudung.
“Esoknya, adik bongsu saya pula bertudung. Alhamdulillah, kini kami tiga beradik semuanya bertudung (seorang lagi adiknya adalah lelaki) dan kami kini boleh berkongsi tudung serta bersama-sama pergi kelas agama.
“Bagaimanapun, saya agak kesal kenapa kesedaran itu datang agak lambat.
Bagaimanapun, saya bersyukur kerana Allah memberi hidayah kepada saya sebelum saya menutup mata,” katanya.
“Saya menjaga batas aurat bukan saja dengan bertudung tetapi mengelak daripada bersalaman dengan lelaki. Meskipun barangkali ada yang berasa hati apabila huluran tangan mereka tidak bersambut, maafkanlah dan fahamilah keadaan saya sekarang.
“Alhamdulillah, rakan sedikit demi sedikit dapat menerima perubahan dan perjuangan diri saya yang baru. Sebenarnya, ia tidaklah semudah disangka kerana bukan setakat perubahan luaran tetapi kita juga perlu memupuk perubahan itu dari dalam. Saya sedang menimba ilmu untuk melengkapkan perubahan ini.
“Saya mula ‘menjaga’ solat dan jika ada undangan me�ngadakan persembahan nyanyian, saya beri syarat hanya boleh membuat per� sembahan selepas selesai solat. Saya tak mahu ‘terlepas’ satu pun waktu solat. Saya kena mendisiplinkan diri dan apa jua tanggapan orang, saya terima.
“Sebelum bertudung, saya baru merakamkan single terbaru yang berjudul Berpisah Untuk Setia. Saya terpaksa tukar semula kulit album dengan gambar baru bersesuaian imej sekarang.
“Kalau ada yang bertanya bagaimana dengan perjalanan kerjaya seni saya selepas ini, saya serahkan kepada Allah dan reda pada apa jua ketentuan-Nya,” katanya.
“Saya akan memulakan tugas baru ini selepas cuti persekolahan iaitu pada pertengahan bulan ini. Saya mengajar sepenuh masa setiap hari dari jam 8 pagi hingga 3.30 petang.
“Alhamdulillah, Allah mempermudahkan penghij�rahan saya ini. Pengetua memberi saya kebebasan mencorakkan silibus saya sendiri dan saya diberi tanggungjawab mengajar pelajar tahun satu hingga enam. Saya memang suka jadi pendidik kerana ia adalah kerja yang mulia.
“Sebagai manusia kita tidak boleh terlampau menentang arus dan apabila kita kembali ke jalan Allah, jalan yang berliku akan jadi lurus dengan sendirinya,” katanya.
“Sejajar dengan perubahan yang baru dilalui, corak hubungan kami turut berubah, tiada lagi berpegangan tangan dan perkara lain yang dilarang agama. Kalau berjumpa pun, kami pergi minum.
“Kalau dulu kami selalu menonton wayang bersama, kini tidak lagi. Andai kata dia berasa kekok untuk berkawan dengan saya, saya rela lepaskan dia pergi. Saya perlu berkorban demi mempertahankan sebuah prinsip.
“Soal jodoh bukan hak saya, Allah yang tetapkan. Selepas bercerai, saya tidak begitu memikirkan menge�nai perkahwinan tetapi selepas penghijrahan, saya teringin untuk berkahwin lagi kerana saya mahukan teman hidup dan anak yang boleh mendoakan saya selepas saya tiada lagi di dunia ini.
“Saya mahukan suami yang beriman dan bertanggungjawab. Untuk melakukan kebaikan dan menambah keimanan kita kepada Allah, kita memerlukan sokongan daripada insan tersayang. Dengan arah dan tujuan hidup yang sama, ibadah menjadi mudah,” katanya.

“Saya menemani Pe�ngetua Pernim, �Norlina Alwi menghadiri mesyuarat di Kementerian Pertahanan dan bertemu seorang Pegawai Wataniah di sana dan terus beliau berta�nya sama ada saya mahu me�nyertai pasukan itu dan untuk mendapat pentauliahan, saya kena melengkapkan latihan sebanyak 240 jam.
“Mereka memberi kelong�garan kepada saya untuk �memilih waktu menjalani latihan yang diadakan dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari. Allah juga permudahkan urusan saya untuk berbakti kepada bangsa, agama dan negara,” katanya.
Kredit : 100% metro
0 25 komen terhebat!!:
Post a Comment
Komenlah sikit..
Kak Nam sayang anda!!